,
Laman Utama

Haqiem Stopa Didakwa Simpan Gambar, Video Lucah Bekas Kekasih

Gempak
14/12/2022
08:36 MYT
Ikon permotoran Haqiem Stopa didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya lima hari lalu.
Bagaimanapun Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan gambar dan video lucah seorang wanita berusia 21 tahun di dalam simpanan galeri telefon bimbit jenis Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7plus miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Rawang di sini pukul 4.30 petang pada 9 Disember lalu yang didakwa mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jumlah jaminan RM4,000.
Bagaimanapun Haqiem Stopa yang diwakili peguam Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan tertuduh menanggung ibu dan bapa yang uzur.
“Tertuduh bekerja sebagai pencipta kandungan (content creator) mohon jumlah jaminan yang rendah,” kata peguam itu.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Majistret Nur Hafizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Untuk rekod Haqiem Stopa mempunyai 1 juta pengikut di aplikasi TikTok di bawah nama ‘haqiemstopa’.
Sabtu lalu Kosmo! Online melaporkan seorang pemuda yang juga terkenal sebagai ikon permotoran ditahan kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek ditahan untuk siasatan selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Hiburan

Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati

gempak
05/11/2024
21:51 MYT
Selepas sembilan bulan kes membabitkan jenayah Yudha Arfandi terhadap anak kekasihnya, pelakon Tamara Tyasmara, Dante, Pengadilan Negeri Jakarta Timur akhirnya memutuskan lelaki tersebut bersalah.
Terkini

Sugul & Bersendirian Tiba Di Mahkamah, Da'i Syed Harap Keputusan Terbaik

gempak
05/11/2024
01:55 MYT
Da'i Syed yang tiba pukul 9 pagi lengkap bersut hanya mengharapkan keputusan yang baik-baik sahaja berlaku terhadapnya.
Hiburan

Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

gempak
03/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
Unitar