Personaliti media sosial Khairul Aming telah mendermakan hasil jualan sambalnya berjumlah RM10,000 kepada tabung Palestin.

Menerusi laman sosial Twitter, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 29, memaklumkan berita baik itu untuk tatapan umum.

“RM10k dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin. diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana,” tulisnya pada satu bebenang ciapan.Menerusi perkongsian itu lagi, Khairul turut memuat naik foto resit tertera RM10,000 sebagai bukti sumbangan kepada tabung yang disediakan oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia.



Sementara itu di ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji tindakan Khairul yang tidak lupa untuk menghulurkan bantuan pada rakyat Palestin yang memerlukan.

Malah, ramai yang turut bersyukur apabila hasil pembelian mereka didermakan untuk tujuan kebaikan.

Alhamdulillah. Semoga perniagaan Khairul Aming akan terus maju dan maju di masa akan datang supaya lebih ramai ummah yang boleh dibantu,” puji seorang wargamaya.

Alhamdulillah. Massive respect! Tepek sini lagi sekali resepi Ayam Koyak. Tak sempat nak salin hari tu,” usik seorang wargamaya.

Alhamdulillah semoga terus mewah rezeki business sambal nyet ni walaupun dari dulu saya nak beli tapi asyik sold out,” luah seorang wargamaya.

Alhamdulillah. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. InsyaAllah hang pasti akan dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah lagi,” tulis seorang wargamaya.

Bagusnya derma 10k hasil jualan dia kat Palestine. Ini contoh orang cerdik dan tak lupa diri #FreePalestin,” komen seorang wargamaya.

Thank you Aming. Dulu selalu berharap nak jadi kaya supaya boleh tolong orang macam aming buat sekarang. Betul-betul idola la you,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian dari Khairul itu telah mendapat hampir 10,000 ulang ciap dengan 20,000 tanda suka daripada warga Twitter.