Laman Utama

Harga Bil Cecah RM900, DSV Terjah Sendiri Restoran Ikan Siakap Tular Di Langkawi - “Bagus Support Orang Meniaga”

gempak
Azwa Rahman
11/11/2021
09:45 MYT
Sponsor Banner
Harga Bil Cecah RM900, DSV Terjah Sendiri Restoran Ikan Siakap Tular Di Langkawi - “Bagus Support Orang Meniaga”
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) berkesempatan meluangkan masa berkunjung ke restoran makanan laut yang tular di Langkawi berikutan kontroversi hidangan ikan siakap yang berharga lebih RM1,000.
Menerusi laman sosial Instagram, Vida berkongsi perjalanannya yang perlu menaiki bot bagi menyeberang sungai untuk tatapan umum.
Vida yang kini sedang bercuti di Langkawi bersama keluarganya berkunjung ke restoran tersebut ditemani anak lelakinya, Kacak.
Menerusi video berdurasi 11 minit itu, Vida menangkap sendiri hidupan laut yang dipesan sebelum dibawa ke dapur untuk dimasak.
“Ini siakap yang saya nak makan dengan Kacak. Beratnya 1.5kg, bakar punya. Sedap, satu ekor ikan you boleh buat stim limau dan masak tiga rasa. Sedap. Mari makan, ngantuk dah saya kenyang,” ujarnya menerusi rakaman tersebut.
Selain ikan siakap yang tular, Vida turut memesan hidangan ikan kerapu, udang karang, sotong goreng tepung, telur dadar , sayur campur dan kerabu mangga.
Vida kemudian meminta bil yang tertera harga RM918. 50.
Malah, vida turut bertemu dengan pemilik restoran dan memberikan kata-kata semangat dan positif kepadanya setelah mereka teruk dikecam beberapa minggu lalu.
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Ada yang teruja melihat hidangan Vida yang tampak berselera dan mengakui harga ikan siakap segar yang dibela sememangnya mahal.
Namun tidak terkecuali juga ada yang merasakan mereka tidak mampu untuk membayar hampir RM1,000 hanya untuk hidangan makanan laut.
“Terbaik DSV, terima kasih beri pencerahan pada kita semua. Kalau tak, kita pun tak tahu dah asyik mengata. Saya pun baru faham kenapa harga siakap mahal,” ujar Datuk Nora.
“Sedapnya tengok Datuk makam, terliur jadinya,” usik seorang wargamaya.
“Bagus DSV support orang berniaga,” puji seorang wargamaya.
“Bagi orang macam DSV takpelah, tak rugi pun,” luah seorang wargamaya.
“Mampu tengok je datuk harganya. Kalau rasa nak makan, beli di supermarket je tak pun pasar segar, masak sendiri lagi puas hati walaupun bukan yang fresh,” komen seorang wargamaya.
“Memang la mahal, restoran dia tengah laut kena naik bot. Lain la restoran yang kat tepi jalan senang nak beli barang,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan daripada pengikutnya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live