Gaya Hidup

"Hargai Bidadari Dalam Hidupmu" - Ustaz Ebit Lew Dating Belakang Rumah Dengan Isteri

gempak
Badrul Hashim
02/12/2020
00:00 MYT
Sponsor Banner
"Hargai Bidadari Dalam Hidupmu" - Ustaz Ebit Lew Dating Belakang Rumah Dengan Isteri
Sesibuk manapun dia bekerja dan membantu mereka yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada keluarganya.
Setiap masa yang terluang, dia pasti menghabiskannya dengan keluarga terutamanya isteri yang tercinta yang digelarnya bidadari dan empat orang cahaya matanya.
Seringkali media sosial miliknya dijadikan tempat mendidik sang suami supaya sentiasa menghormati isteri dan selalu berbuat baik kepada isteri.
Baca: Isteri Sebut Teringin Apa Sahaja, Ebit Lew Akan Tunaikan - "Walau Dia Cuma Pandang"...Untungnya!
Dengan kesibukan pembukaan Elewsmart, melawat Bob Lokman di Kelantan, mengunjungi Zoo Negara untuk menghulurkan bantuan, Ebit Lew tetap berkongsi saat dia menghabiskan masanya bersama isteri tercinta.
"Rindunya. Dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini.
"Bestkan pegang tangan bidadari pun boleh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini," tulisnya pada satu video pendek dia bersama isterinya.
Tambah Ebit, isterinya sentiasa senyum dan tidak pernah bermasam muka. Apatah lagi saat dia keluar untuk melakukan kerja dakwahnya.
"Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer.
"Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini," tulis Ebit lagi.
Baca: "Duit Tinggal Atas Meja, Beri Kad Bank Pada Isteri" - Ebit Lew Nasihat Jangan Kedekut Pada Isteri
Ustaz Ebit Lew turut menasihati para lelaki supaya sentiasa menghargai ibu dan isteri masing-masing untuk merasa nikmat bahagia.
"Nak bahagia hargai ibumu. Dan Hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki.
"Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga," nasihat Ebit lagi.
Ramai dikalangan wanita yang meninggalkan komen memohon para lelaki menyantuni isteri masing-masing sebagaimana Ustaz Ebit Lew menghargai isterinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024