Skip to main content

Berita Tempatan

"Hargailah Suami Masing-Masing Walaupun Dia Bukan..." - Da'i Wan Dazrin Akui Tak Semua Mampu Jadi Seperti Ustaz Ebit Lew

wan1_1.jpg

Memang tak semua suami mampu mnjdi seperti Ust @ebitlew tp ketahuilah masih ada suami di luar sana yg telah cuba sebaiknya menjadi suami yg terbaik utk keluarganya. Maka hargailah suami masing2 walaupun dia bkn sepenyayang dan seromantis Ust @ebitlew yg kita kasihi. Sy bersyukur @syahirah_zamzari benar2 memahami penat sy di rumah menjaga anak walaupun dia penat bekerja di Hospital merawat manusia. Setiap hari dia akn tanya, saya dh makan dh dan cerita saya pd dia tiap hari juga akn sama. Saya akn bertempur dgn Aleesa kalau saya nk makan nasi. Sbb Aleesa akn menangis sepenuh hati dia bila nampak saya makan. Jd terkadang, saya tak jadi makan. Saya timang, main dgn dia, dukung, bawa jalan keliling rumah, dan macam2 cara hinggalah berjaya tidurkan dia, baru saya akn dpt jamah makan. Pernah hari tu, saya sarapan pagi jam 5.30 petang. @syahirah_zamzari called saya, tanya dah makan ke, saya kata belum, jaga Aleesa sampai tak makan. Lepastu dia kata, dia pun tak makan apa2 lagi di Hospital. Saya terdiam. Di belakang Handphone, sy kata dlm hati, tak pelah, isteri aku lg susah, sy tekad utk memahami. Bukan tak boleh hantar pengasuh, tp drpd awal Aleesa dlm kandungan, drpd itulah sudah mula terasa di hati utk memberikan yg terbaik sebagai seorang suami dan ayah. Hanya ibu bapa yg telah berpengalaman akn benar2 faham mcm mana rasanya menjaga anak di awal usia 1-6 bulan, kata mereka nanti dah 6 bulan ke atas akan ada cabaran baru pula, demamlah dan sebagainya. Sebagai suami, saya nak tunjukkan pada kalian, betapa pentingnya menghargai dan bekerjasama satu sama lain. Penat masing-masing itu perlu dihargai sesama dgn cuba tolong, cuba ringankan, mcm hari ni. Syahirah called saya tadi, dia kata dia dah belikan Burger Favourite saya, saya tersenyum di belakang Handphone, saya kata dalam hati: ‘Apalah sgt penat hari ni, bila adanya isteri yg tahu menghargai seadanya.’ Saya tersenyum dlm kepenatan walau tak mampu menjadi sehebat dan idola suami org ramai iaitu Ust @ebitlew yang kita kasihi. Tetapi kami, para suami, tetap akan mencuba yg terbaik utk keluarga walau tak mampu menjadi sebaik yg lain. Ikhlas, Da’i Wan.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Must-Watch Video

Advertisement