,
Laman Utama

“Hari Demi Hari Tekanan Makin Hebat, Rasa Terabai Dari Dunia…– Fairuz Selamat Terima Rawatan Psikiatri, Ramai Doa Cepat Sembuh

Mya Amri
20/08/2021
05:50 MYT
Penyanyi, Fairuz Selamat memaklum dirinya kini mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri untuk mengubati penyakitnya.
Fairuz berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Dalam coretannya, Fairuz mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya kerana memberikan saranan untuk mengubati penyakit anxiety yang dihadapinya.
“Terima kasih atas semua doa dan nasihat. Saya baca setiap satunya. Saya hargai doa-doa anda. Mungkin saya khilaf dalam banyak perkara dan Allah SWT nak ajar saya supaya menghargai apa yang saya ada.
“Saya sudah mendapatkan rawatan dari yang pakar. Terima kasih atas saranan kalian. Moga semua ini berakhir dengan baik.
“Doakan saya ya. Saya yakin Allah SWT mendengar kata-kata baik dari anda semua. Saya minta maaf atas kesilapan saya selama ni…” coretnya.
Sebelum ini dalam dalam satu hantaran lain, Fairuz mendedahkan dirinya mengalami tekanan yang teruk sehingga menyebabkan keguguran rambut dan beberapa simptom lain.
Malah menurut Fairuz selain hilang selera makan dan menjadi pelupa, dia juga merasakan dirinya seolah-olah diabaikan.
“Saya kongsikan sedikit di sini. Tapi saya minta maaf dahulu, saya bukan menagih simpati. Cuma saya rasa medium ini punya magik bila kita saling ambil berat dan berpesan. Dan saya tak malu untuk meminta bantuan dari kalian semua.
“Saya perasan stress saya makin teruk sejak awal Julai. Hari-hari kepala saya sakit. Hari-hari rasa darah panas je kat kepala.
“Selalu pening dan rasa lesu. Makin susah nak tidur dan anxiety makin teruk. Sentiasa fikir yang bukan-bukan.
“Sampai lah bergumpal rambut saya gugur. Masa rambut saya panjang hari itu, lebh 100 helai sehari saya rasa. Lantai saya penuh dengan rambut, bilik air saya penuh dengan rambut.
“Saya jarang makan fastfood. Kalau nampak di story saya. Itu sajalah. Mungkin 2 3 kali maksimum sebulan. Gula semua memang saya kontrol. Saya tak minum air manis sangat. Jadi pemakanan saya masih normal saya rasa.
“Ya saya kuat mengatakan saya depress. Cuma saya tidak pandang serius sebab saya selalu cakap, dugaan pandemik ini mungkin lebat berat untuk kebanyakan orang. Jadi saya biarkan.
“Hari demi hari saya dapat tekanan makin hebat. Saya rasa terabai dari dunia. Hinggakan rambut saya yang pendek pun bila saya lurut, akan berpuluh helai rambut gugur.
“Saya okay. Saya sihat. Cuma mungkin mental saya sangat tertekan sekarang. Saya harap kita semua sentiasa panjatkan doa untuk dugaan yang kita semua rasa,” kongsinya.
Dalam pada itu, ruangan koman dua hantaran berkenaan dihujani dengan kata-kata semangat dan ucapan doa daripada pengikut serta rakan artis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”

gempak
21/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Shasha Abedul akui dirinya pernah mengalami masalah gangguan mental seperti depresi, keresahan berpanjangan sehingga diserang panik.
Laman Utama

Ketahui Jenis-Jenis Penyakit Mental, #5 Tu Paling Merisaukan!

gempak
13/10/2024
15:55 MYT
Penyakit mental merujuk kepada gangguan yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, dan tingkah laku individu.
Hiburan

Kerana Tekanan Kerja, Wanita Ini Naik Berat Sehingga 20 Kg

gempak
12/09/2024
04:55 MYT
Gara-gara tekanan di tempat kerja seorang wanita muda di China telah mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dalam masa setahun.
Unitar