Berita

“Hari Ini Saya Sangat Bahagia”- Joy Revfa Bakal Bertunang

Syafiqah Jalal
29/06/2019
04:39 MYT
Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, mengakui bakal bertunang dengan pelakon dan usahawan berasal dari Kuantan, Pahang sebelum penghujung tahun ini.
Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu berkata dia berada dalam fasa bahagia pada masa ini.
"Hari ini saya sangat bahagia. Dari segi persediaan, tak ada lah sangat tapi kami dalam proses merapatkan hubungan kekeluargaan.
"Saya belum bersedia mendedahkan siapa gerangannya sebab takut 'dicucuk' pihak lain. Saya takut nanti ada orang cuba nak menjauhkan kami," katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, dia mengaku mencari imam terbaik yang boleh membimbingnya dan anak serta tidak kisah dengan status lelaki itu sebagai selebriti.
"Walaupun pernah berkahwin dengan seorang selebriti juga tapi saya anggap ketika itu 'terjodoh' dengannya.
"Lagipun saya sendiri seorang usahawan dan ramai pengikut, saya tidak kisah mengenali sesiapa pun kerana yang penting ada keserasian bersama," katanya.
Joy turut menyifatkan bakal suami terbarunya itu tiada masalah dengan caranya tidak mendedahkan identiti sebenar kepada khalayak.
Dalam pada itu, ramai beranggapan selebriti dimaksudkan ialah pelakon Fahmy Reza yang popular menerusi drama Dia Semanis Honey dan Biar Aku Jadi Penunggu.
Imbas kembali, Joy pernah berkahwin dua kali dengan kali terakhir bersama penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun hanya bertahan selama empat bulan
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

gempak
22/07/2024
11:40 MYT
Personaliti media sosial Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera menegaskan tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Viral

Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

gempak
28/06/2024
06:52 MYT
Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa menjadi buah mulut netizen apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai 'double meaning' dalam usaha mempromosikan produknya.
Hiburan

Nak Hidup Senang, Wanita Ini Bercinta Dengan 7 Pesara Lelaki Dalam Satu Masa

gempak
19/06/2024
11:55 MYT
Gadis Colombia dikenali Lina mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengambil kesempatan dengan menjalin cinta dengan tujuh pesara lelaki.
Hiburan

Amelia Henderson Akui Tidak Akan Kembali Semula Bersama Aedy Ashraf - “Mungkin Saya Akan Lebih Berhati-Hati…”

gempak
15/06/2024
03:45 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson tampil mengulas mengenai kisah percintaannya yang putus di tengah jalan bersama aktor Aedy Ashraf.