Laman Utama
“Hari Pertama Sekolah Bukan Anak Je Sedih, Ibu Pun Syahdu” - Sebak Lihat Anak Fasha Sandha Menangis
Pelakon Fasha Sandha akui berasa sebak sewaktu memujuk anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma di hari pertama persekolahannya.
Menerusi akaun Instagram, Fasha berkongsi momen yang merakamkan Jemyma sedang menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh ibunya.
Menurut Fasha situasi itu membuatkan dirinya berasa sebak namun pelakon cantik itu memberitahu itulah antara perkara yang dihadapi oleh mereka yang bergelar ibu.
Bagaimanapun kata Fasha anak sulungnya, Putra Rayfal yang kini memasuki darjah dua begitu tenang ke sekolah.
“Hari pertama ke sekolah selepas berehat dalam jangka masa yang panjang. Bukan anak sahaja yang sedih ibu pun syahdu tengok anak saya yang berumur lima tahun dah masuk tahun satu. Cepatnya masa berlalu...
“Ya Allah tolong lindungi kesemua kanak-kanak yang bersekolah dari virus itu.
“Dear baby Jemyma, anak ibu dah besar. Ini kenangan untuk Jemyma, inilah anak ibu hari pertama, tahun satu. Abang Rayfal di tahun dua. Alhamdulillah tenang-tenang aja,” tulisnya.
Terdahulu, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.
Dalam perkembangan terbaru, Fasha baru sahaja melahirkan anak perempuan, Aisha Amaira yang merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Must-Watch Video