,
Laman Utama

Harry Potter 20th Anniversary: Return To Hogwarts Dah Start Tayang! Ini 5 Fakta Yang Mungkin Anda Belum Tahu Tentang Filem Ini

Azwa Rahman
31/12/2021
12:17 MYT
Filem kegemaran ramai Harry Potter akan kembali di kaca TV menerusi Harry Potter 20th Anniversary: Return To Hogwarts.
Akan mula bersiaran esok di platform penstriman On Demand di Ultra Box, aplikasi Astro Go dan HBO Go, kali ini ia meraikan kejayaan cemerlang filem ini selama 20 tahun dengan pelakon ternamanya Daniel Radcliffe (Harry Potter), Emma Watson (Hermoine Granger), Rupert Grint (Ron Weasly) bersama barisan aktor dan aktres handalan.
Sebelum anda menonton rancangan reunion istimewa ulang tahun ke-20 Harry Potter ini, tahukah anda beberapa fakta menarik di sepanjang pembikinan filem ini? Jom kita semak.
1. Dementors dalam filem Harry Potter diinspirasikan daripada masalah kemurungan yang dihadapi oleh J.K Rowling selepas kematian ibunya.
Ibu kepada Rowling meninggal dunia pada tahun 1990 yang membuatkan dia mengalami masalah kemurungan selama beberapa tahun. Dia kemudian menggunakan pengalaman tersebut untuk membentuk karakter Dementor, satu makhluk mengerikan yang makan emosi manusia.
2. Penyapu yang digunakan dalam semua filem Harry Potter bukanlah penyapu biasa.
Kalau anda merasakan penyapu yang dinaiki oleh ahli sihir ini adalah penyapu biasa, anda salah. Ia diperbuat daripada model Pierre Bohanna menggunakan titanium pesawat. Pasukan produksi harus menyelaraskab penyapu ini dengan berat pelakon-pelakon untuk menampung badan mereka.
3. Filem Harry Potter menampilkan kesan visual berteknologi tinggi.
Artis kesan visual diminta untuk membawakan elemen magikal yang mempesonakan dalam filem ini termasuklah api yang keluar daripada mulut naga, wajah Voldemort serta ketika menukar beberapa rupa watak setelah mereka minum ramuan Polyjuice. Semuanya menggunakan teknologi dan kemahiran yang tinggi.
4. Jurusolek perlu melukis parut pancaran kilat pada dahi Harry Potter beribu kali sepanjang pembikinan 8 filem ini.
Jumlah sebenarnya adalah 5,800 kali sepanjang penggambaran filem Harry Potter ini berlangsung. Pada dua filem yang pertama, jurusolek menggunakan sejenis cat untuk melukis parut tersebut. Kemudian mereka beralih menggunakan gam yang senang untuk diletakkan pada wajah Harry dan pelakon double stuntnya.
5. J.K Rowling dah Harry Potter berkongsi tarikh yang sama.
Mereka berdua menyambut ulang tahun kelahiran pada 31 Julai. Tetapi itu bukannya alasan kenapa watak ahli sihir itu tercipta. Menurut Rowling, watak Hermoine lebih mempunyai persamaan dengannya semasa dia kecil.
Jangan lepaskan peluang strim Harry Potter 20th Anniversary: Return To Hogwarts bermula 1 Januari ini menerusi On Demand di Ultra Box, aplikasi Astro GO dan HBO GO (percuma untuk pelanggan movies)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Merasa Masuk Dunia Harry Potter Siap Terbang Guna Penyapu! Aksi Flying Fox Di Kuala Kubu Bharu Jadi Tumpuan Netizen

gempak
09/11/2023
08:25 MYT
Memang kreatif abang ni
Laman Utama

Pelakon Watak Goblin Dalam Harry Potter Meninggal Dunia

gempak
22/03/2023
03:35 MYT
Takziah buat keluarga mendiang.
Laman Utama

Sambut 20 Tahun Magis Harry Potter Di Cartoon Network & HBO GO

gempak
02/11/2021
02:11 MYT
Wow! Let's layan!
All Together Now 2021

ATNMY: "Bukan Senang Nak Menonjol..." - Andi Bernadee Perjelas Sebab Tampil Unik Setiap Minggu

gempak
23/09/2021
13:10 MYT
Penyanyi dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Andi Bernadee tampil menjelaskan tentang penampilan uniknya dalam program berkenaan.
Laman Utama

Jangan Lepaskan, Ini 5 Momen Menarik Dalam Friends: The Reunion

gempak
27/05/2021
06:45 MYT
Friends: The Reunion secara eksklusif menerusi HBO GO pada 27 Mei ini jam 3.01 petang