Penyanyi popular Harry Styles, 26, dikhabarkan bercinta dengan pengarah dan pelakon, Olivia Wilde, 36.

Memetik laporan HollywoodLife, Spekulasi mengatakan Harry dan Olivia sedang menjalin cinta bertiup kencang apabila foto mereka berpegangan tangan di sebuah majlis perkahwinan tular beberapa hari lalu.

Bukan itu sahaja, sumber juga melaporkan Olivia kelihatan tiba di kediaman Harry bersama bagasi di tangannya sehari selepas itu.

Walaubagaimanapun, Harry dan Olivia masih belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan hubungan mereka setakat ini.

Difahamkan, figura terkenal ini mulai rapat selepas dua bulan Olivia mendedahkan tentang perpisahan dengan bekas tunangnya, Jason Sudeikis.

Olivia dan Jason sebelum ini mengikat tali pertunangan selama tujuh tahun dan memiliki dua cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Harry bakal muncul dalam sebuah filem thriller, Don't Worry Darling yang arahan Olivia.

Namun tarikh tayangan filem itu masih belum diumumkan secara rasmi.

Sumber : HollywoodLife