Skip to main content

Trend Pasaran

Hasil Solekan Terlampau Buruk, Pasangan Pengantin Ditawar Untuk Disolek Semula! Hasilnya...

buruk.jpg
Kisah bermula dengan sepasang pengantin yang sangat kecewa dengan solekan yang sangat buruk pada hari perkahwinan mereka.
 
Berikutan itu, pengantin perempuan dikenali sebagai Darika Klinkuhlab yang berasal dari Hankha Chai Nat, Thailand telah berkongsi rasa tidak puas hatinya di laman Facebook (FB).
 
Luahan rasa tidak puas hati terhadap jurusoleknya telah mendapat perhatian ramai.
 
Menerusi perkongsian tersebut, Darika memberitahu dia terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum mula disolek dan disebabkan itu masa yang tinggal sangat suntuk menyebabkan dia memberi sepenuh percayaan kepada jurusolek tersebut.
 
Bagaimanapun selepas ditatarias, Darika amat terkejut dengan wajahnya yang kelihatan amat buruk.


 
Darika bagaimanapun terpaksa meneruskan persandingan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa dapat membuat sebarang perubahan pada wajahnya.
 
Walaupun bersanding dengan wajah yang hodoh, Darika masih mampu tersenyum.
 
Beberapa hari selepas itu, seorang jurufoto profesional bersama kumpulannya telah menawarkan untuk merakam semula gambar perkahwinan Darika.
 
Menakjubkan kerana hasil gambar dan solekan Darika jauh lebih cantik daripada yang sebelumnya.
 
Berikut kami kongsikan gambar Darika dan suami yang telah dirakam oleh jurufoto profesional tersebut:











Kredit : FB Darika Klinkuhlab
Teks oleh : Izzat Ridzwan

Must Watch Video

Advertisement