,
Laman Utama

Hasilkan Gambar & Filem Bertemakan Kemerdekaan Dalam Peraduan Oppo 66 Potret Malaysia Untuk Menangi Hadiah Menarik!

Syafiqah Jalal
30/08/2023
04:34 MYT

Tingga esok sahaja lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Rakyat Malaysia patut berbangga kerana sehingga kini kita tetap bersatu hidup aman dan harmoni meskipun negara mempunyai kepelbagaian etnik, agama, adat, bahasa dan budaya.

Sempena memperingati bulan kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos ini, peneraju dalam inovasi peranti pintar iaitu OPPO turut memainkan peranannya dalam berkongsi keyakinan dan inspirasi kepada ramai orang di Malaysia.

OPPO Hasilkan Filem Perpaduan

OPPO tampil menghasilkan karya filem OPPO 66 Potret Malaysia dengan menonjolkan kepelbagaian budaya dalam Malaysia melalui lensa pakar potret, OPPO Reno10 Pro+ 5GSiri Reno10 5G.

Filem ini mengisahkan jurugambar Malaysia, Khairul Amin memberi penghormatan kepada arwah ibunya, yang telah mengajar dan mengasuhnya dengan menerapkan perasaan cinta kepada perpaduan dan kepelbagaian di Malaysia.

Sejak dari itu, Khairul Amin mula ghairah dengan dunia fotografi yang diinspirasikan daripada didikan ibunya.

Menariknya, hanya dengan OPPO Reno10 Pro+ 5G, dia berjaya menangkap intipati rakyat dan landskap Malaysia.

Peluang Menangi Hadiah Dengan Peraduan 66 Potret Malaysia!

A collage of peopleDescription automatically generated

Bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, OPPO menganjurkan Peraduan 66 Potret Malaysia terbuka kepada semua rakyat di Malaysia.

Ia bertujuan menggalakan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia dengan bakat fotografi mereka menerusi lensa peranti OPPO atau yang lain.

Peraduan ini akan berlangsung pada 21 Ogos sehingga 17 September dengan dua tema iaitu Ikon Malaysia dan Warna Malaysia.

Ikon Malaysia

Bagi tema Ikon Malaysia akan bermula 21 Ogos sehingga 3 September 2023 dengan tawaran hadiah berupa OPPO Reno10 5G untuk seorang pemenang dan OPPO Enco Buds2 untuk dua orang pemenang.

Peserta diminta untuk mengambil gambar potret dengan item ikonik Malaysia seperti bangunan, makanan, mengembara dan lain-lain.

Warna Malaysia

Sementara itu, bagi tema Warna Malaysia, peserta diminta untuk mengambil foto potret berwarna iaitu warna utama seperti kuning, merah, putih dan biru yang akan berlangsung pada 4 hingga 17 September 2023. 

Untuk tema ini, OPPO menawarkan hadiah berupa OPPO Pad Air (4+64GB) untuk seorang pemenang dan OPPO Enco Buds2 untuk dua orang pemenang. 

Mudah Saja, Ikut Cara & Syarat Peraduan!

Peserta dikehendaki memuat naik foto tersebut ke akaun Facebook atau X dengan meletakkan tanda pagar #OPPO66PotretMalaysia #66MerdekawithOPPO #TeamPortraitExpert.

Jangan lupa untuk 'Suka' dan 'Kongsi' siaran kempen ini serta menetapkan akaun dalam tetapan umum bagi melayakkan diri menyertai peraduan ini. 

Enam pemenang akan diumumkan pada 22 Sept 2023 nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang terma dan syarat peraduan klik di sini.

Dapatkan OPPO Reno10 Pro+ 5G Sekarang!

Tunggu apa lagi? Sudah semestinya salah satu pilihan terbaik untuk membolehkan anda memenangi peraduan adalah dengan menggunakan OPPO Reno10 Pro+ 5G yang didatangkan dengan pelbagai ciri kamera berkuasa, terutamanya lensa utama 50MP dan juga 64MP untuk telefoto potret baharu.

Dengan keupayaan untuk menangkap foto pada zum optik 3X, kamera telefoto canggih menawarkan lebih banyak kebebasan apabila mampu menangkap subjek pada jarak jauh. Secara tak langsung, memberikan hasil yang sempurna untuk merakam potret.

Dari segi bateri, pengguna tidak perlu bimbang dengan adanya sokongan pengecasan pantas 100W SUPERVOOC ™ yang boleh caj bateri penuh dalam masa sepantas 27 minit sahaja.

Anda boleh merakam foto peraduan sepanjang hari tanpa perlu bimbang kehabisan bateri.

Secara jelasnya, ciri dan prestasi yang ditawarkan Siri Reno10 5G ini mampu memberikan kepuasan kepada pengguna terutama mereka yang sukakan seni fotografi potret.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Reno10 Pro+ 5G, layari laman pautan ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6

gempak
28/08/2024
15:53 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Peraduan

GMW Giveaway: Teater Andak Bertandak

gempak
22/08/2024
14:19 MYT
Siapa nak menang tiket untuk menyaksikan Teater Andak Bertandak secara percuma?
Peraduan

GMW Giveaway: Final Piala FA 2024

gempak
22/08/2024
14:09 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Perlawanan Final Piala FA 2024?