Anggota kumpulan Indigo, Bad menjelaskan tidak mengambil hati dengan kata-kata negatif yang dilontarkan netizen kepada mereka sepanjang Gegar Vaganza (GV7) berlangsung.

Menerusi akaun Instagram, Bad memberitahu Indigo sudah memberikan persembahan terbaik pada malam Ahad lalu namun rezeki tidak berpihak kepada mereka.

“Kami dah berikan yang terbaik dalam GV. Malam itu merupakan persembahan terbaik kami. Kami feel masa buat persembahan, kami gembira dengan apa yang kami telah buat dan capai.

“Haters will be haters lah kan, buat apa-apa pun tetap tak akan memuaskan hati mereka. Kami tidak ada masalah dengan perkara itu.

“Apa yang saya rasa kami capai di GV7 ini ialah buat kawan baru dengan sesama artis, dapat pembelajaran dari pihak juri dan juga dapat rasa jadi keluarga besar produksi GV7 ini dan terutamanya, kami dapat merapatkan lagi persahabatan antara saya, @shahrinsamsudin @nizam_arboristree dan @iamjairulez,” coretnya.

Well..we did our best in GV. Last night’s show was our best, kami feel masa perform, kami happy dgn apa yg kami telah buat dan capai. Haters will be haters lah kan, buat apa2 pun tetap xkan memuaskan hati mereka. We have no problems with that. Apa yg saya rasa kami capai di GV7 ini ialah buat kwn baru dgn sesama artis, dpt pembelajaran dari pihak juri dan juga dpt rasa jadi family besar produksi GV7 ini, dan terutamanya, kami dapat merapatkan lagi persahabatan antara saya, @shahrinsamsudin @nizam_arboristree dan @iamjairulez. So tq so much. Tq @nana_j_hussin, Gigi, @smshaha & team utk peluang yg diberi. Really appreciate it. Alhamdulillah. #indigogv7 #gv7 #gegarvaganza7

A post shared by Bad Indigo (@bad.indigo_official) on


Dalam pada itu, Shah yang juga merupakan suami kepada penyanyi Liza Hanim juga turut memberikan kenyataan menerusi akaun Instagramnya semalam.

Shah menganggap penyingkiran Indigo itu disifatkan sebagai asam garam pertandingan dan tidak akan berputus asa dalam industri seni.

Terima Kasih semua atas sokongan . INDIGO akan meneruskan perjuangan di dalam Industri Muzik & Kreatif tanah air .

A post shared by SHAH.Indigo (@shahrinsamsudin) on


Terdahulu, minggu keempat GV7 menyaksikan dua penyingkiran dilakukan sekaligus menamatkan perjalanan kumpulan Indigo dan Eva.

BACA: Dua Penyingkiran, Eva dan Indigo Tinggalkan GV7

BACA: Corat-Coret GV7: Vibrato Berganda Rozita Izlyn, Tok Ram Kecek Kelate & Petikan Gitar Linda Nanuwil


Indigo mendapat jumlah markah sebanyak 55.20 % manakala Eva memiliki markah terendah iaitu 55%.

BACA: GV7: Sipi-Sipi Rupanya Nomad, Indigo Dan Eva! Ini Recap & Komen Juri Minggu Empat

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.