Drama Hati Yang Dikhianati (HYD) kini sudah di bulan terakhir, tentu ramai yang dah teruja dan tak sabar nak tengok pengakhiran drama ini.

Mari kita imbas semula apa yang telah berlaku minggu lepas. Eh betul ker Hati Yang Dikhianati ni dah buat ramai sakit hati?


Lisa is back!

Lisa yang dah lama menghilang telah pulang dengan Samir! Tetapi macam mana kalau Elyas bakal bernikah dengan Tasya?

Azran dan Tasya bertembung

Azran berjumpa dengan Tasya di luar balai polis, Tasya yang juga merupakan seorang peguam jenayah kenal sangat dengan perangai Azran. Apa yang akan terjadi lepas ni ya?

Iskandar depresi

Setelah kematian Baby, Along Iskandar mengalami depresi yang teruk ditambah dengan cerita sebenar tentang Maria dan bayinya. Lisa pula sudah lama menghilang. Pasti ramai turut simpati dengan keadaan abang sulung ini.

TJ masuk lokap!

TJ yang masuk lokap setelah dia menyerah diri kini diugut pula oleh Azran.

Tasya dan Elyas

Tasya kini tahu Lisa sudah kembali dan tidak dapat menahan perasaan sedihnya.

Pemenang komen terbaik!

Pelakon cantik Elizad Sharifudin mengumumkan Danish Haikal sebagai pengguna yang menulis komen terbaik untuk memenangi kotak ekslusif HYD! Tahniah!

Penonton memilih!

Gempak.com telah membuka undian di Facebook untuk menentukan nasib Elyas dan buat masa ini, rata-rata tidak mahu Elyas bersama Lisa!



Pastikan anda terus menonton bulan terakhir drama Hati Yang Dikhianati ini setiap isnin hingga jumaat jamt 6 petang di Astro Prima!