Laman Utama

“Haura Cakap Don’t Cry, Sambil Buka Kasut...” - Lufya Omar Kongsi Ragam Anak Mula Sekolah

gempak
Mya Amri
11/01/2021
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Haura Cakap Don’t Cry, Sambil Buka Kasut...” - Lufya Omar Kongsi Ragam Anak Mula Sekolah
Penyanyi Lufya Omar berkongsi ragam anaknya, Laana Haura yang memulakan hari pertama persekolahan hari ini.
Menerusi akaun Instagramnya, Lufya memuat naik foto merakamkan wajah comel Haura yang sedang tersenyum.
Menurut Lufya, Haura bersemangat untuk memulakan persekolahan dan tidak menangis sebaik tiba di kelasnya..
“Pagi ini rasa gembira sangat bila Haura bersemangat pergi sekolah tak minta mummy teman sampai kelas pun.
“Siap lambai bye-bye mummy, lepas tu ada kawan sekolah tu menangis kuat. Haura boleh cakap ‘don’t cry, don’t cry’ sambil buka kasut susun dekat rak.
“Macam ini je pun dah boleh buat mummy gembira hari ini. Bangga sangat-sangat.
“Kalau dekat kelas boleh dapat nombor 1, macam manalah mummy punya bangga kan?” coretnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji Haura.
“Haura suka pergi sekolah ramai kawan baru,” komen @nurayerien.
“Senyuman ikhlas sangat! Bijak Haura ni, MasyaAllah,” puji @Nazuomar.
Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Bagaimanapun pasangan ini bercerai talak satu pada 17 Jun 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024