Laman Utama

Haura Menangis Tak Bagi Lufya Keluar Ke Balkoni, Peminat Pesan Tutup Pintu & Tingkap Masa Asar  - "Mungkin 'Dia' Singgah Main Buaian Sebab ..."

gempak
Zulaikha Yusof
24/06/2021
13:00 MYT
Sponsor Banner
Haura Menangis Tak Bagi Lufya Keluar Ke Balkoni, Peminat Pesan Tutup Pintu & Tingkap Masa Asar  - "Mungkin 'Dia' Singgah Main Buaian Sebab ..."
Pelakon Lufya Omar, 36, berkongsi kelakuan seram anak perempuannya, Laana Haura yang tidak membenarkan dirinya untuk keluar ke ruang balkoni di kediaman mereka.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata ruang tersebut ada diletakkan satu buaian yang digantung.
Bagaimanapun, Haura memberi reaksi aneh apabila menangis sewaktu menghalang Lufya untuk pergi ke arah berkenaan.
"Adoila Haura.. Dia boleh pula la tak kasi kita keluar ke balkoni tu. Nangis-nangis tak kasi.
"Ada nampak apa-apa ke? Buat takut ja Haura ni.Saja nak pranked mummy ni," tulisnya di Instagram (IG).
Menerusi rakaman video yang dimuat naik, buaian itu kelihatan bergerak sendiri namun tidak nampak kelibat individu di situ.
Pelakon drama Umairah itu turut meminta Haura untuk menunjukkan apa yang dilihatnya.
"Tunjuk mummy.. Ada? Kat mana?" soal Lufya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meminta Lufya untuk mempercayai kata-kata Haura.
Malah, ada yang segelintir yang perasan ketika video itu dirakam pokok tanaman Lufya tidak bergerak namun buaian itu bergerak sendiri.
"Secara logiknya..kalau benda yang lebih ringan di sekeliling buaian itu tak bergerak langsung, hanya buaian sahaja bergerak. Sedangkan kita tahu buaian itu biasanya tak akan bergerak kecuali dengan kekuatan manusia..maka ada unsur lain menggerakkannya, kecuali hijab mata kita terbuka.
"Anak-anak belum baligh biasanya hijab mata mereka terbuka. Mungkin 'dia' singgah main buaian itu sebab jenis makhluk itu sinonim sukakan kanak-kanak kecil seperti Ummu Sibyan.
"Selepas Asar biasakan tutup semua pintu dan tingkap, pasang alunan ayat-ayat Al-Quran atau ruqyah dalam rumah. Insya-Allah, cuba amalkan dalam 14 hari berturut-turut moga 'dia' pergi.
"Jika berlarutan, dapatkan bantuan ustaz atau ustazah yang pakar dalam perubatan Islam. Insya-Allah, moga kak Lufya dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT," tulis individu bernama @qiladzahir.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 namun hubungan mereka tidak berkekalan apabila bercerai pada 17 Jun tahun lepas.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024