,
Viral

Hawa Rizwana Dikejar Anjing Ketika Jogging, Selamatkan Diri Tumpang Kereta Orang Tak Kenal... "Saya Dah Serik Nak Jogging Seorang Diri Lepas Ni"

Amri Hassan
29/06/2020
06:15 MYT
Personaliti televisyen Hawa Rizwana Redzuan serik apabila berdepan detik cemas dikejar sekumpulan anjing ketika beriadah pada Jumaat.
Lebih menakutkan apabila Hawa terpaksa menumpang kenderaan individu tidak dikenali demi menyelamatkan diri.
"Nak jogging lepas tu ternampak anjing banyak, cuba teruskan lepas tu anjing itu kejar. Saya pun larilah.
"Alhamdulillah ada kereta banyak dan berhenti, saya terus masuk tak fikir apa-apa dah takut punya pasal. Hanya nak lepaskan diri daripada anjing-anjing itu.
"Kemudian minta dia ke depan sikit dan saya turun. Lepas itu baru terfikir apa yang saya dah buat? Cuba kalau orang itu ada niat tak baik?" katanya kepada Gempak.
Situasi itu membuatkan Hawa lebih berwaspada terutama untuk beriadah seorang diri selepas ini.
"Serik juga terutama kedua-dua ibu bapa saya. Mereka sangat risaukan saya.
"Jadi, saya belajar daripada apa yang berlaku untuk tidak lagi berjogging seorang diri selepas ini. Memang taubatlah!" tambah Hawa.
Hawa turut memuatnaik status berkenaan di akaun Twitter rasminya pada Jumaat dan mendapat respon daripada peminatnya yang risau akan keselamatannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Jogging Waktu Petang Boleh Turunkan Berat Badan?

gempak
16/08/2024
13:15 MYT
Bolehkah berjogging (berlari) pada waktu petang menurunkan berat badan? Soalan ini mungkin timbul di kepala anda, lebih-lebih lagi kerana banyak artikel membincangkan kebaikan berlari di waktu pagi yang dianggap memberikan beberapa faedah.
Viral

Abang Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging, Aufahanie Mohon Bantuan Orang Ramai - "Lokasi Terakhir, Jambatan Sungai Klang"

gempak
14/08/2024
00:32 MYT
Penyanyi Aufahanie memohon bantuan orang ramai untuk mengesan abangnya, Nidza Afham yang gagal dikesan sejak petang semalam.
Laman Utama

Astro Fibre Perkenal Tawaran WiFi Kencang Sepantas Kilat, ‘Kakak Kencang’ Hawa Rizwana Sebagai Duta

gempak
18/07/2024
16:55 MYT
Astro Fibre kini memperkenalkan WiFi Kencang 500Mbps untuk memenuhi keperluan seisi keluarga seiring dengan lebih banyak permintaan untuk internet yang lebih pantas.
Hiburan

Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun

gempak
30/04/2024
11:06 MYT
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Viral

Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel

gempak
28/04/2024
06:00 MYT
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.