Laman Utama
Heliza Helmi & Suami Hadiahkan Nurul Zahid Cawan Harga RM1,489, Ini Reaksi Tuan Empunya Badan
Anak kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah melahirkan rasa terharu apabila melihat isi kandungan hadiah yang diberikan oleh pasangan pengantin baharu, Heliza Helmi dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram, Nurul berkata, sudah lama dia tidak mendapat hadiah yang mahal kecuali hadiah yang diberikan oleh suami serta ibu dan bapanya.
“Dah lama takda orang bagi hadiah mahal. Kecuali suami dan mak abah. Tadi lepas depa balik, tak sempat tengok sebab nak pergi ambil Sofeea balik sekolah. Lepas tu ambil baju kotor Louie di madrasah.
“Sampai rumah baru teringat nak buka hadiah daripada pengantin baharu. Masya-Allah! Tabarakallah!” tulisnya di Instaragram.
Menerusi gambar yang dimuat naik, Nurul menerima sebiji cawan berjenama Hermes.
Nurul kemudian berkata, Heliza sangat beruntung kerana suaminya tidak berkira apabila tibanya soal pemberiah hadiah kepada orang lain.
“Sweetlah depa dua ni. Bab hadiah untung sangatlah Heliza sebab Mahadi jenid tak berkira. Dia akan award and reward mereka yang layak. Dia sangat pemurah. Tu sebab rezeki dia murah.
“Terima kasih untuk mug mahal ni. Sayang nak guna. Tak pernah dapat mug mahal mcm ni. Rezeki ni kita tak jangka. Allah reward kita kadang tu melalui org baik-baik macam Mahadi dan jauzahnya.
“Allahuakbar. Terima kasih sangat. Semoga kalian mendapat kemudahan rezeki yang melimpah ruah. Rezeki yang barakah dan reda Allah dunia akhirat. Amin,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, ramai yang gembira dengan hadiah yang diterima oleh Nurul.
“Seronoknya Kak Long (nama panggilan Nurul dalam kalangan pengikut) terima hadiah daripada kawan-kawan, pasti kita rasa gembira sangat. Lagi kan pula hadiah mahal. Semoga Kak Long happy, pasangan pengantin pun happy, kita yang baca pun happy. Alhamdulillah nikmat kita hari ini melihat semua orang bersenang hati,” tulis seorang pengikut.
Dalam pada itu, terdapat seorang pengguna media sosial yang membongkar harga sebenar cawan berkenaan
“Mahalnya Kak Long mug ni.. RM1,489 satu! Ya Allah betul-betul rezeki Kak Long,” katanya.
Memberi respons kepada komen berkenaan, Nurul berkata: “Tak tahu pun harga dia… Masya-Allah,” ujarnya ringkas.
Heliza dan suami mengejutkan peminat apabila mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Must-Watch Video