Pelakon Cristina Suzanne akhirnya mendedahkan wajah bayi lelakinya selepas difahamkan bersalin beberapa bulan lalu.

Cristina Suzanne menerusi akaun Instagram (IG) memperkenalkan anak lelakinya kepada umum.
“Our boy.. Hello, world!” tulisnya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto wajah bayinya yang dibalut dengan kain tuala.

Entri berkenaan mendapat perhatian ramai apabila rata-rata memuji wajah bayinya yang comel
Malah masih ada yang turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 33, telah berkahwin dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor pada 30 Mac 2018.

Our boy ❤️ Hello, world!

A post shared by Cristina Suzanne (@cristinastockstill) on