,
Laman Utama

Helmi The Gimmick Ajak Rakan Artis Guna Kelebihan Nama, Buka Bisnes - “Takkan Nak Berlakon, Menyanyi Sampai Mati..”

Azwa Rahman
09/05/2022
07:54 MYT
Pengacara popular sekitar 20 tahun lalu, Helmi The Gimmick mendedahkan dia tidak hilang sebagai anak seni tetapi memilih untuk beraksi di layar komersial.
Menurut Helmi, 62, dia bersyukur kerana masih ‘lebat’ dengan tawaran persembahan korporat sebagai pengacara dan penyanyi sehingga ke hari ini.
Dalam pada masa yang sama, dia yang kini mendapat gelaran Doktor meluahkan rasa gembira kerana sudah berjaya dalam bidang perniagaan meskipun aktif sebagai artis.
Tambah Helmi, dia menerima gelaran terhormat Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis pada 2019 hasil kerja keras serta pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang pemasaran.
"Pada saya, takkan kita nak jadi penyanyi dan pelakon sampai mati? Kita perlu tahu kelebihan yang ada pada diri.
"Saya harap rakan artis di Malaysia tahun kelebihan mereka dengan nama dan pengalaman yang dimiliki digunakan untuk mencari jalinan perniagaan dengan produk atau perkhidmatan yang sesuai," jelasnya ketika ditemubual.
Helmi ditemui pada majlis berbuka puasa Smart Bio Group yang diadakan di Shah Alam, Selangor sekitar beberapa minggu yang lalu.
Dia yang pernah menjadi hos program berbentuk game show Famili Ceria berkata, artis wajar memastikan diri mereka dihargai dan menjana pendapatan melalui nama yang dimiliki.
“Bukan hanya sebagai duta, tetapi cari peluang untuk berada dalam organisasi syarikat dan menggunakan kepakaran yang ada.
"Kita sendiri kena mahir dan tahu dengan sesuatu produk ataupun gunakan kelebihan kita untuk memberi ilmu kepada pihak terbabit termasuk cari berinteraksi dan berdepan dengan orang ramai," katanya yang kini dilantik sebagai Pengarah Pemasaran Di Smart Bio Group.
Helmi bersama syarikat bumiputera tempatan itu memfokuskan kepada kajian dan pembanguan (R&D) serta penghasilan produk isi rumah dan kesihatan berasaskan tumbuhan herba Cendawan Merah atau Lingzhi dan Mengkudu yang juga dikenali sebagai buah Noni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.