Skip to main content

Hollywood

Henry Golding Jadi James Bond? Ini Komen Tuan Punya Badan

henry-bond-header.jpg
Pelakon kacak kelahiran Malaysia yang sedang melakar nama di Hollywood, Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem James Bond.

Henry, 32, dikhabarkan akan menggantikan pelakon Daniel Craig, 50, yang akan tamat kontraknya memegang karakter perisik kasanova itu.

Bagaimanapun, pelakon utama Crazy Rich Asians itu enggan mengulas mengenai spekulasi itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya memetik laporan portal berita TMZ.

Jika betul Henry menjadi pilihan, aktor tampan itu akan mengulangi sejarah yang dicipta oleh aktres Michelle Yeoh yang  pernah berlakon sebagai gadis Bond dalam siri Tomorrow Never Dies.

Pelakon berdarah kacukan Inggeris-Iban itu mencipta kemasyhuran di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018.

Advertisement

Must-Watch Video