Semalam genap 20 tahun usia filem yang menjadi fenomena di Indonesia termasuk Malaysia iaitu Ada Apa Dengan Cinta (AADC).

Sempena ulang tahun itu, ramai yang mengenang kembali filem yang menampilkan pelakon utamanya Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra.

Antaranya, penyanyi dan pencipta lagu runut bunyi filem tersebut iaitu Melly Goeslow turut menzahirkan kata-katanya sempena ulang tahun ke-20 itu.

“Selamat (tahniah) ya untuk AADC yang hari ini genap 20 tahun. Dan hingga kini masih dicintai,” katanya ringkas.

Melly berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Selain itu dalam kemas kini berbeza, Melly turut memuat naik konsert koleksi lagu AADC sekaligus mengimbau kenangan itu.

“Konsert dan tour AADC lagi yuk. Tunggu covid lenyap dulu ya guys , biar kita semua aman.

“Jujur setiap konsert mahupun tour yang membawa AADC tak pernah tak ramai.

“Malah album AADC 1 dan 2 tak pernah keluar dari chart platform meski sudah 20 tahun,” katanya lagi.


Antara lagu-lagu runut bunyi AADC adalah seperti Ku Bahagia, Ada Apa Dengan Cinta?, Denting, Di Mana Malu Mu dan banyak lagi.

Sempena ulang tahun AADC, Netflix juga menyiarkan kembali filem berkenaan untuk tontonan pelanggannya

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)