,
Laman Utama

Histeria The Series: Opening Best, Kejadian Seram Bakal Bermula! Netizen Tak Sabar Episod Kedua Minggu Depan

Azwa Rahman
10/06/2022
09:09 MYT
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Mula menayangkan episod pertama pada malam tadi, Histeria The Series mengisahkan Alia yang dilakonkan oleh Mia Sara mula mendaftar di sekolah baharu, Sekolah Sri Fatimah.
Cuba menyesuaikan diri, dia berkenalan dengan rakan sekelas iaitu Putri dan Vanidah.
Menjengah ke bilik asrama, Alia dimaklumkan tempat tinggalnya itu dahulu milik seorang pelajar yang membunuh diri bernama Farah.
Malam pertama, Alia mula dihantui perkara aneh yang mengganggu tidur malamnya.
“Cite #HisteriaTheSeries ni start tayang time budak cuti sekolah. Ghisauu ada yang tak nak balik hostel kang next week,” komen seorang wargamaya.
“Terbaik dan bestlah histeria the series tak puas rasa bila tengok kena tunggu pulak minggu depan untuk episod 2 #HisteriaTheSeries,” ujar seorang wargamaya.
“Lawanya Mia Sara. Rasa macam baru je dengar abang Afdlin buat lagu untuk anak dia ni. Know know dah remaja dah,” kata seorang wargamaya.
“Aaaa. Best opening histeria the series!! Drama isnin malam kat astro108 mmg tak pernah mengecewakan,” tulis seorang wargamaya lagi.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun lalu bakal berulang.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Eh Asal Sofyank Peluk Anak Afdlin Shauki?” - Netizen Terkejut Tengok Foto Mia Sara Dengan Kekasih, Rupa-Rupanya…

gempak
31/07/2023
02:55 MYT
Memang nampak sama! Nama pun sama!
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Hantu Jembalang Bangkit Dari Busut, Pesalah Sebenar Cetus Insiden Misteri Bakal Terbongkar!

gempak
25/07/2022
06:36 MYT
Misteri bakal terungkai.
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Rahsia Cikgu Rayyan Terbongkar, Diana Mati, Murnilah Tuan Yang Sebenar!

gempak
21/07/2022
08:26 MYT
Nantikan episod akhir minggu depan.
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Siapa Sebenarnya Pembunuh Farah? Netizen Berteka-Teki Kesudahan Misteri Menimpa Sekolah Sri Fatimah

gempak
14/07/2022
10:30 MYT
Apa kesudahannya?
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Dr Aishah & Ismail Terjah Sekolah Alia, 4 Gadis Ini Berani Mati Main Papan ‘Ouija’!

gempak
10/07/2022
17:52 MYT
Boleh tahan seram!