Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.

Memasuki minggu kedua, Histeria The Series mengisahkan, sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.

Dalam episod berjudul The Resurrection minggu ini, Alia mula berkawan dan serasi dengan rakan sekelasnya iaitu Putri, Diana, Zee.

Mereka yang menjalankan penyiasatan terhadap pelajar yang meninggal 10 tahun lalu bertindak pergi ke ladang kelapa sawit untuk menyiasat kes kematian pelajar tersebut yang bernama Farah.

Dalam pada itu, Dr. Aishah mula risau akan kesihatan mental Murni dan mula menyelidik kes lama Murni.

Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.

Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.