,
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Hantu Jembalang Bangkit Dari Busut, Pesalah Sebenar Cetus Insiden Misteri Bakal Terbongkar!

Azwa Rahman
25/07/2022
06:36 MYT
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra kini tiba di penghujungnya.
Memasuki minggu terakhir, Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Dalam episod finale berjudul Sacrifice pada malam ini, segala misteri yang menimpa pelajar-pelajar Sekolah Sri Fatimah bakal terjawab. Hantu jembalang akhirnya bangkit dari busut di ladang kelapa sawit yang menjadi kawasan larangan.
Dalam pada Pak Azman cuba bertindak melawan jembalang tersebut, Alia berjumpa dengan Murni dan Dr. Aishah di ladang kelapa sawit. Akhirnya, pesalah sebenar terbongkar.
Naskhah Histeria The Series hasil arahan James Lee diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan episod akhir Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam ini.
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

gempak
04/06/2024
20:17 MYT
Seimbangkan kerjaya dan kehidupan antara topik utama yang diangkat dalam naskhah Papadom, dalam versi filem dan terbaharunya; novel.
Hiburan

“Satu Hari Nanti Awak Pun Akan Berkedut” - Zain Saidin Mohon Jaga Adab, Jangan Kritik Rupa Orang Tanpa Solekan

gempak
02/02/2024
05:55 MYT
Zain mohon jaga adab.
Hiburan

“Ini Baru Betul Bibik” - Rakam Video Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dibuli Netizen Bermulut Celupar!

gempak
30/01/2024
02:55 MYT
Jahatnya mulut...
Laman Utama

Netizen Tak Buat ‘Homework’, Nak Serang Orang Lain Tapi Terserang Liyana Jasmay

gempak
20/10/2023
01:50 MYT
Macam-macam perangai netizen