Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.

Memasuki minggu ketiga, Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.

Dalam episod berjudul The Return minggu ini, Dr Aishah berjumpa Inspektor Ismail yang dilakonkan oleh Nam Ron tentang kes Murni.

Alia pula mula diganggu dibiliknya oleh kelibat Farah. Alia dan kawan menceroboh blok lama untuk menyiasat tentang kes Farah.

Pada masa yang sama, Julia pula dirasuk oleh hantu.

Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.

Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam yang bermula pada 6 Jun lalu. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.