,
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Siapa Sebenarnya Pembunuh Farah? Netizen Berteka-Teki Kesudahan Misteri Menimpa Sekolah Sri Fatimah

Azwa Rahman
14/07/2022
10:30 MYT
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Memasuki minggu keenam, netizen mendakwa setiap babak di dalam drama bersiri ini semakin ngeri dan mendebarkan.
Dalam episod berjudul Doubt Isnin lalu doktor yang menjaga Murni, Dr Aishah bersama bekas Inspektor Ismail pergi ke sekolah Alia untuk mendengar kisah misteri yang dihadapi dengan lebih dekat.
Prof. Zainal pula memberi amaran kepada cikgu Rayyan agar jangan ganggu Alia.
Dalam pada itu juga, Alia dan kawan-kawannya bermain papan ‘ouija’ dan diganggu oleh satu kuasa yang ngeri.
Di laman Twitter, ramai wargamaya sudah sabar menantikan kesudahan drama bersiri ini. Rata-rata penonton tidak dapat mengagak siapakah pencetus kepada misteri yang menimpa sekolah tersebut.
“Kau tengok review orang lain pun kata best #HisteriaTheSeries ni. Cerita ni tak cliche, pelakon pun best! Muka baru dan fresh,” ujar seorang wargamaya.
“Suka la tengok cerita melayu yang macam ni! Better dari drama petang-petang,” kata seorang wargamaya.
“Intense betul kata drama ni. Apa taknya. Banyak teka teki nak kena solve,” komen seorang wargamaya.
“Tengok drama #HisteriaTheSeries ni semua orang saya syak sebagai pembunuh Farah,” tulis seorang wargamaya.
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam yang bermula pada 6 Jun lalu. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

gempak
04/06/2024
20:17 MYT
Seimbangkan kerjaya dan kehidupan antara topik utama yang diangkat dalam naskhah Papadom, dalam versi filem dan terbaharunya; novel.
Hiburan

“Satu Hari Nanti Awak Pun Akan Berkedut” - Zain Saidin Mohon Jaga Adab, Jangan Kritik Rupa Orang Tanpa Solekan

gempak
02/02/2024
05:55 MYT
Zain mohon jaga adab.
Hiburan

“Ini Baru Betul Bibik” - Rakam Video Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dibuli Netizen Bermulut Celupar!

gempak
30/01/2024
02:55 MYT
Jahatnya mulut...
Laman Utama

Netizen Tak Buat ‘Homework’, Nak Serang Orang Lain Tapi Terserang Liyana Jasmay

gempak
20/10/2023
01:50 MYT
Macam-macam perangai netizen