,
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Ziana Zain Kongsi Kisah Seram Berlakon Di Sebuah Kampus Lama Di Mantin, Negeri Sembilan

Azwa Rahman
19/06/2022
05:42 MYT
Pelakon dan penyanyi Ziana Zain berkongsi pengalamannya berdepan dengan rasa seram ketika menjalani penggambaran drama bersiri Histeria The Series, yang diangkat daripada filem seram blockbuster tahun 2008 berjudul Histeria.
Menurut Ziana yang memegang watak sebagai Puan Nora, pengetua bagi sekolah menengah Sri Fatimah, rasa seram itu akan muncul setiap kali dia lalu di beberapa koridor di dalam kampus lama tersebut.
“Alhamdulillah sepanjang penggambaran Histeria The Series tu belum ada apa-apa lagi yang pelik ataupun dikacau cuma bila kita masuk kawasan peggambaran iaitu sebuah institusi pendidikan, bila jejak kaki je, terus datang satu vibe yang tak berapa menyenangkan.
“Kita jalani penggambaran ni sebuah kampus yang dah lama ditinggalkan di Mantin, Negeri Sembilan, dalam perjalanan bila nak lepas pondok pengawal tu pun, ada rasa agak spooky yang tak sepatutnya ada.
“Tapi sebelum buat apa-apa tu, saya hanya cakap, saya berada di sini untuk bekerja dan mohon jangan ada yang kacau. Saya yakin budak-budak lain pun ada yang tak sedap bila berada di sana.
“Tambah pula ada beberapa koridor yang bila you jalan, bulu roma you meremang je,” ujar Ziana kepada Gempak.
Histeria The Series mengisahkan, sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Selain Ziana, naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

gempak
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Hiburan

“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain

gempak
20/04/2024
02:02 MYT
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Hiburan

Peluang Beramah Mesra Dengan Ziana Zain Bagi Pemegang Tiket Ziana Zain Concert 2024 Pada Sabtu Ini!

gempak
15/04/2024
15:55 MYT
Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan "CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024" nanti.