gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezzanie Jasny Kena ‘Maki’ Sebab Bawa Watak Nuha - “Ramai Yang Hentam Sebab…”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Ray-D Berhenti Belajar Sebab…
BERITA
Kandungan Memudaratkan: MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram 'Edisi Siasat' & 'Edisi Khas'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hisyam Hamid Buat Video Trendy Ketika Bercuti Dengan Anak-Anak Di Jepun Curi Perhatian - “Pesona Duda Anak Dua”

gempak
Khairil Khusyairi
19/06/2025
04:47 MYT
Sponsor Banner
Hisyam Hamid Buat Video Trendy Ketika Bercuti Dengan Anak-Anak Di Jepun Curi Perhatian - “Pesona Duda Anak Dua”
Aktor popular, Hisyam Hamid mencuri perhatian apabila berkongsi momen percutian bersama dua anaknya di Jepun, baru-baru ini
Menerusi perkongsian di Instagram, Hisyam memuat naik sebuah rakaman video memaparkan momen mesra dan santai mereka bertiga menjelajah kota Tokyo.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah video yang dimuat naik memperlihatkan Hisyam mengikuti trend konten terkini dengan gaya kreatif dan menghiburkan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pelakon drama hits Andai Tiada Dia itu.
Rata-rata meluahkan rasa senang melihat keakraban hubungan antara Hisyam dengan anak-anak.
Malah, tidak kurang juga yang memuji penampilan aktor berusia 39 tahun itu yang tetap segak dan bergaya walaupun bergelar bapa tunggal.
“Jarang bapa-bapa diluar sana nak pegang telefon 24/7 hours, Jarang juga seorang bapa pegang telefon untuk capture moments hari-hari,” komen netizen.
“Jalan dengan adik-adik ke tu?,” usik netizen lain.
“Pesona duda anak dua,” tulis netizen lagi.
“Semakin handsome lah abang, Duda hot saya ni,” komen peminat.
“Vibe bapa GenZ,” komen netizen lain.
Untuk rekod, Hisyam pada tahun lalu mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan isteri, Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Anak
#Bercuti
#Jepun
#Duda
#Video
#“Hisyam
#Hamid”
#Trendy
Must-Watch Video