Viral
"Hodohnya!" - Netizen Kritik Sakinah Tayang Pusat, Padahal Sebenarnya ...
Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa keping foto dalam keadaan pusatnya terdedah.
Foto yang dimuat naik bersama anak tunggalnya, Anais Adha itu mendapat pelbagai kritikan dan komen negatif daripada netizen yang dianggap kurang senonoh untuk dipaparkan kepada khalayak.
'Hodoh', 'tidak menjaga sensitiviti agama Islam' dan 'melampau' antara komen yang ditulis pada foto berkenaan.
Advertisement
Namun, apa yang ingin disampaikan Sakinah melalui foto berkenaan sebenarnya lebih mendalam.
Sakinah ingin mengajak orang ramai untuk menghargai ketidaksempurnaan diri termasuk 'stretch marks' pada perutnya.
"Seperti hari minggu. Please mention my stretch marks I'm not as fit as the image potrayed before. Real human have flaws .
"Appreciate your beauty, accept your flaws and celebrate the perfect combination that makes you, YOU," tulisnya.
Di sebalik komen mengecam, ada juga segelintirnya yang menasihati secara berhemah untuk menjaga batas terutama di media sosial.
Must-Watch Video