gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dah Beli Cincin, Jumpa Keluarga…Tapi Jodoh Tak Sampai” – Andy Teh
HIBURAN
Vida Lalui Fasa Perubahan Hidup, Dapat ‘Turning Point’ Selepas Lawat Kubur Arwah Norly Syahirah - “Ketika Itu Jam 1:30 Pagi…”
HIBURAN
“Kenapa Makin Ramai Manusia Tiada Adab? Malas Hadap Perangai Macam Ni” - Shiha Zikir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

WATCH

Honda S2000 ubah suai jadi sebuah coupe

Public Anonymous User
Public Anonymous User
04/09/2018
06:25 MYT
Sponsor Banner
Honda S2000 ubah suai jadi sebuah coupe
Honda S2000 AP1 sebelum kemunculan versi naik taraf boleh dianggap sebagai unicorn (kuda bertanduk mistik) dalam pasaran Pasaran Domestik Jepun (JDM).
Jentera itu mempunyai perbezaan pada sistem suspensi dan seunit enjin 2 liter di mana pusingan enjin seminitnya (rpm) boleh meningkat setinggi 9,000rpm serta kuasanya dikatakan mampu menyalurkan sehingga 247hp.
Sekadar perkongsian enjin S2000 AP2 (generasi kedua) pula boleh diperah sehingga 8,300rpm.
Sebenarnya, Honda dikatakan tidak pernah menawarkan S2000 sebagai kenderaan kategori coupe dan model yang anda lihat ini memakai bumbung daripada firma talaan popular, Spoon.
Bumbung Spoon itu menjadikan S2000 iras-iras BMW Z4. Selain itu, model terbabit juga memakai peresap di belakang keluaran Spoon.
Model Honda berwarna kelabu ribut ini adalah milik Tyler Donovan, seorang peminat tegar JDM.
Melihat pada badan jentera ini, ia nampak sudah melalui kerja modifikasi ekstensif selpeas badan kereta disarung kit melebarkan badan daripada Industry Garage.
Jika lihat pada bampar hadapan, ia digantikan dengan Voltex, selain rim digunakan adalah binaan kustom pihak Complete Custom Wheel (CCW) iaitu jenis D110.
Rim itu dihasilkan daripada gabungan tiga blok aluminium 6061-T6 tempaan dan memiliki 11 batang jejari.
Tiada maklumat dinyatakan mengenai kerja-kerja naik taraf enjin atau ruang kabin. Cumanya, ekzos di belakang nampaknya jenis titanium.
Sumber: CCW
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement