,
Gaya Hidup

Hos Desperate Kitchens Tiada Sijil Hiasan Dalaman

Ahmad Shah
06/05/2016
07:12 MYT
Hos Desperate Kitchens yang berasal dari Amerika Syarikat, John dan Anthony akui tidak mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan dengan hiasan dalaman rumah.
Namun disebabkan minat terhadap bidang tersebut, pasangan sepupu ini berkongsi idea, tip serta bakat mereka untuk menghias rumah terutama di bahagian dapur.
“Saya memang suka menghias rumah dan menjadikan ia sebagai kerjaya saya dalam bidang pengacaraan.
“Secara jujurnya saya hanya mempunyai ijazah dalam bidang Sains Kemanusiaan dan Pengurusan Perniagaan.
“Tetapi minat menghias rumah ini timbul setelah saya membantu bisnes keluarga dalam bidang pembinaan.
“Dari situ saya minat saya lahir sehingga menerima tawaran dari pihak HGTV bersama John untuk tampil di program mereka berkaitan dengan hiasan dalaman rumah,” kata Anthony ketika ditemui Suudu.
Dalam pada itu, mereka juga ditanya, untuk menjayakan rancangan Desperate Kitchens berapa banyak kos dilaburkan untuk membaik pulih dapur yang biasa kepada luar biasa.
Dengan tenang John membalas, setiap episod untuk menaik taraf dapur klien memerlukan bajet sekitar USD 15,000 bersamaan dengan RM45,000.
“Jumlah itu yang disalurkan itu adalah kos biasa untuk naik taraf dapur di Amerika Syarikat.
“Bagaimanapun setiap rekaan dan konsep yang kami tampilkan itu, kadangkala klien tidak meminati dan perlu tampil dengan idea yang kreatif dan bermutu tinggi.
“Itulah cabaran yang perlu kami tempuhi agar usaha keras kami diterima oleh mereka. Nampak macam mudah tetapi ianya memerlukan daya pemikiran yang cekap.
“Apa-apa saya dan Anthony sangat ‘enjoy’ dengan apa yang kami buat terutama untuk menjayakan rancangan ini.
“Saya harap penonton di Malaysia akan terhibur serta dapat memberikan inspirasi kepada hiasan dapur mereka,” jelas John dengan panjang lebar.
Program lapan episod ini bersiaran pada setiap Selasa dan sudah mula ditayangkan pada 26 April, jam 9 malam di saluran HGTV (731).
Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Nak Jadi Menantu Saya Kena Pandai Buat Kerabu Daging Mentah Ni” – Raja Azura

gempak
13/08/2019
08:34 MYT
Suudu

Resepi ‘Ikan Maharaja Masak Merah Dengan Sos Masam Manis’ Yang Menjadikan Anak Malaysia Ini Juara Masterchef Australia 9

gempak
13/09/2017
13:47 MYT
Viral

Giliran Nasi Lemak Hello Kitty Pula Tular

gempak
14/07/2017
03:36 MYT
Suudu

Biskut Ulat Comel Viral, Ada Ke Yang Sampai Hati Nak Makan?

gempak
19/06/2017
06:37 MYT
Viral

Tak Tahu Nak Makan Apa Berbuka Nanti? Nah...Fatimah Ajar Buat Akok

gempak
14/06/2017
10:17 MYT
BorakSeeni