Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.

Untuk episod ketujuh pada malam ini, Uqasha menuruti permintaan Kamal untuk melakukan aktiviti mencandat sotong. Mabuk laut pun tak kisah asalkan Uqasha berada di sisi suaminya.

Bukan itu sahaja, tempat perkhemahan mereka yang dibangunkan menggunakan bahan-bahan kitar semula memberi inspirasi buat pasangan tersebut membersihkan kawasan pantai.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Apalah agaknya gelagat mereka pada malam ini? Ada suka dan pastinya turut terpalit duka.

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.

Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.