Rasa bosan di pejabat bukanlah bermaksud tiada kerja tetapi lebih kepada rasa jemu kerana buat perkara yang sama setiap hari.

Jangan bohong! Rasanya semua orang ada perasaan ni. Ada hari-hari yang kita rasa masa sangat lambat berjalan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa kebosanan di pejabat boleh menyebabkan pekerja menjadi kurang waras, walaupun mereka adalah pekerja yang cemerlang.

Pakar psikologi dan CEO ComPsych Richard Chaifetz, berkata, risikonya pekerja boleh menjadi terlampau – kurang produktiviti dan melakukan kesilapan dalam kerja.

Mari kita lihat bagaimana hendak memberi kesegaran pada diri dan bagaimana hendak menjadikan hari-hari anda lebih menarik di pejabat:

1. Mulakan hari dengan lebih bersemangat
Respon emosi kita terhadap aktiviti seharian banyak terpengaruh dengan cara kita memulakan hari-hari kita. Sambil bersiap ke tempat kerja atau dalam perjalanan, kita boleh mendengar siaran radio-radio yang segar, kecoh dan bermotivasi.

2. Tidur awal
Tidur awal juga dapat membantu permulaan hari yang baik. Jika anda mudah berasa penat, apa kata anda amalkan makanan kesihatan yang dapat menambah nutrisi untuk saraf.

3. Jadikan stesen kerja anda lebih produktif
Percaya atau tidak, stesen kerja anda juga memainkan peranan penting terhadap emosi anda. Perubahan seperti meletakkan pokok kecil atau dekorasi ringkas akan membuatkan anda rasa lebih selesa. Benda-benda hidup seperti pokok dan mini akuarium dapat membantu memberi tenaga baru. Jangan risau, banyak contoh-contoh haiwan dan tumbuhan yang ‘mesra stesen kerja’ yang boleh anda google di Internet.

Aksesori seperti magnet bar juga boleh diletakkan, biasanya berunsurkan kata-kata motivasi atau tempat-tempat yang dilawati. Aksesori sebegini akan menambah keceriaan di stesen kerja anda. Banyak lagi yang boleh dipelbagaikan bagi menghidupkan stesen kerja anda, tetapi jangan sampai terlalu penuh hingga kelihatan semak pula ya!

[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 6 - Masalah Kira Selesai!

Agak-agaknya kawan-kawan kita dalam How Not To Lose Your Job ni bosan tak kat tempat kerja mereka?

Takkanlah kot…Sebab kalau mereka bosan buat apa mereka bersusah payah nak selamatkan syarikat yang sepatutnya ditutup, kan?

Mampu atau tidak Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal) bertahan dengan Boss (Che Kem)?

Adakah usaha mereka mempertahankan periuk nasi dan menaikkan jumlah pembaca Bawang Inc untuk meyakinkan Boss supaya tidak menutup syarikat?

Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.

Rujukan: usahawan.com