,
Laman Utama

Hubungan Dengan Keluarga Mertua Tak Baik, Si Isteri Sanggup Doa Ibu Suami Cepat Mati

Zulaikha Yusof
18/08/2020
09:25 MYT
Sebuah rumah tangga yang bahagia bukan sahaja melibatkan suami dan isteri malah hubungan baik dengan keluarga kedua belah pihak.
Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga terdapat luahan yang dibuat daripada seorang suami mengenai isteri dan keluarga mertuanya.
Menurut lelaki itu, hubungan dia bersama keluarga isteri itu tidak baik justeru dia tidak ada dalam group (kumpulan) WhatsApp keluarga.
Lebih mengejutkan apabila isteri yang disayangi sanggup mengeluarkan kata kesat terhadap ibu suaminya.
"Saya saja periksa telefon bimbit isteri saya baru-baru ini. Dalam group keluarga dia saya tak ada sebab keluarga dia rasis.
"Saya saja scroll group chat dia. Pedih dan terkilan pun ada. Bini saya orang paling rapat dengan saya cakap dalam WhatsApp group dorang, mendoakan emak saya mati.
"Berderau saya rasa. Selain tu adik beradik ipar ni suka kutuk keluarga saya. Saya rasa benda ni keterlaluan," kongsinya.
Tambah lelaki ini, keluarga isterinya pernah menyatakan hasrat untuk menghantar santau.
"Bini saya kalau balik kampung (saya tak ikut) emak saya selalu masakkan bungkus untuk dorang dalam perjalanan. Banyak kali..
"Siap cakap nak santau nak bagi Koronavirus kat emak saya. Kalau korang sebagai suami atau berada di tempat saya apa korang buat?
"Lagi satu keluarga belah saya belajar agama dan boleh hukum orang masuk neraka bagai.. Adakah ini kesan dari ilmu dia belajar?" kongsinya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meminta dia bersabar dan menyelesaikannya dengan cara baik.
Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cut Intan Nabila ‘Tunggang’ Kes Kena Pukul?

gempak
28/08/2024
09:55 MYT
Kes keganasan rumah tangga membabitkan pempengaruh, Cut Intan Nabila menjadi sorotan ramai sehingga kisah dibelasah suami ketika masih dalam pantang itu tular ke luar negara.
Viral

‘Minta Maaf Gagal Laksana Tanggungjawab Saya Sebagai Suami’

gempak
27/08/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita yang mendakwa dirinya diculik pada Khamis lalu di Mersing, Johor tampil memohon maaf kepada orang ramai atas tindakan isterinya.
Hiburan

“Terima Kasih Untuk 5 Tahun Ini, Aku Akan Berusaha Kuat Demi Kebahagiaan Anak..” - Cut Intan Nabila Beri Bayangan Perkahwinan Akan Berakhir?

gempak
24/08/2024
01:55 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: “Isteri Jerit Minta Tolong Sebelum Dia Senyap” - Suami

gempak
23/08/2024
13:55 MYT
“Dia (mangsa) menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian."
Hiburan

Didakwa Sudah Bercerai, Velvet Aduk Komen - "Kami Tidak Pernah Terfikir Pun"

gempak
23/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Velvet Aduk menafikan dakwaan dirinya dan suami iaitu vokalis kumpulan Estranged, Rich bercerai.