HIBURAN

Hubungan Dengan Niezam Zaidi Dalam Fasa Serius, Fify Azmi Tak Nak Bercinta Lama - “Kita Memang Ada Perancangan Untuk…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/03/2025
00:02 MYT
Sponsor Banner
Hubungan Dengan Niezam Zaidi Dalam Fasa Serius, Fify Azmi Tak Nak Bercinta Lama - “Kita Memang Ada Perancangan Untuk…”
Mengakui hubungannya dengan pelakon, Niezam Zaidi dalam fasa serius, pelakon Fify Azmi berkata dia sememangnya menyimpan harapan agar mereka akan disatukan dengan perkahwinan.

Perancangan kahwin

Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata pada usia ini dia tidak mahu hanya membuang masa dengan bercinta tanpa hala tuju.

“Kita doakan yang terbaik sebab nak bercinta itu, saya tak mahu lama sangat. Saya tak minat bercinta lama-lama, kalau boleh kita ke arah kebaikan. Jadi kalau nak bercinta lama-lama, zaman dulu bolehlah.

“Kita memang ada perancangan untuk ke arah kebaikan tapi yang menentukan adalah Allah SWT. InsyaAllah ada,” katanya kepada Gempak.
Fify ditemui di sidang media dan majlis berbuka puasa bersama pelakon filem Felino di Hotel Eastin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tak nak kongsi

Bagaimanapun pelakon berusia 35 tahun ini berkata, dia sebolehnya tidak mahu berkongsi terlalu banyak mengenai hubungannya.

“Sebab ia tak ‘confirm’ lagi, baik kita tak payah heboh-heboh. Bila masa sampai masanya, baru saya umumkan. Sebenarnya benda ini tak penting pun, yang penting sekarang adalah pekerjaan dan kehidupan kita selepas ini.

“Tapi kali ini hubungan memang serius, insyaAllah. Takkanlah nak bercinta biasa-biasa atau main-main,” katanya.

Keperibadian Niezam

Fify berkata sejak mengenali Niezam lebih kurang dua tahun lalu, dia menyifatkan aktor itu seorang yang tidak banyak bercakap dan sangat privasi.

“Dia juga sopan, baik dan sangat ‘sweet’ serta sangat ‘protective’. Kita sebagai wanita, apa-apa pun kita memerlukan seseorang lelaki di samping kita yang melindungi, yang boleh menjaga dan membimbing,” katanya.

Pada September 2024, Fify berkongsi kemesraan bersama Niezam di TikTok miliknya sekali gus memberi bayangan mereka sedang menjalinkan hubungan mesra.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Buat Trend ‘2025 Umur Berapa?’ Di TikTok, Netizen Tak Percaya Usia Fify Azmi Dah 35 Tahun - “Serius La? Nampak Macam 20-an Je”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Bersama, Fify Azmi & Niezam Zaidi Sedang Hangat Bercinta? - “He Is Not A Bad Boy… My Good Man”

Terdahulu, Fify pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nafiez Zaidi dan mula rapat sejak membintangi filem Ada Hantu 2. Hubungan mereka diketahui umum apabila keluarga Nafiez menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.
Bagaimanapun, hubungan cinta mereka berakhir pada April tahun lalu walaupun sudah merancang untuk berkahwin pada Disember tahun sama.
Niezam juga mengalami nasib sama selepas pernah bercinta dengan aktres Nonny Nadirah pada terlerai pada 2020 meskipun sudah merancang untuk berkahwin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024