Berita

Hukuman 6 Sebatan Di Khalayak Ramai Selesai Dalam Tempoh 2 Minit

gempak
Gempak
27/12/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Hukuman 6 Sebatan Di Khalayak Ramai Selesai Dalam Tempoh 2 Minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, pada Jumaat.
Sebatan syariah itu hanya mengambil masa dua minit, yang dilaksanakan pegawai sebat daripada Penjara Marang.
Seramai 90 individu termasuk Exco kerajaan negeri turut menyaksikan pelaksanaam sebatan yang diadakan di Dewan 'AAsim masjid berkenaan.
Terdahulu pesalah Mohd Affendi Awang, 42, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 2.28 petang dengan diiringi pegawai dan anggota penjara.
Sejurus tiba, dia dibawa ke bilik khas bagi pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
Pelaksaan sebatan di khalayak itu dijalankan sekitar jam 2.50 petang dengan pesalah memakai baju penjara berwarna merah serta pelitup muka.
Selasai menjalani sebatan, pesalah sekali lagi dibawa ke bilik khas sebelum dibawa kembali ke Penjara Marang.
Mohd Affendi Awang menjadi individu pertama di Terengganu yang dihukum dengan enam kali sebatan di khalayak ramai.
Hukuman itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 Nov lepas setelah lelaki itu mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024