Bagi episod keempat, siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini, penonton dipaparkan lagi dengan plot yang lebih saspens yang pasti akan buat anda tak ‘senang duduk’ nak tunggu episod seterusnya.

Jadi, bagi yang belum menonton, Gempak akan kongsikan sedikit sedutan kisah yang terjadi pada episod keempat i.D.

Jazman Mengamuk Tumbuk Aidi Sebab Cemburu Lagi Ke?


Jazman sekali lagi bertindak agresif selepas cemburu melihat kemesraan Anggun dan Aidi ketika di majlis pelancaran aplikasi Sisterhood.

Kekecohan tersebut berlaku selepas Jazman melihat momen sweet Aidi dan Anggun yang menari di pentas tarian majlis tersebut.



Berang melihat Aidi dibelasah Jazman, Anggun bertindak menghalau bekas teman lelakinya itu daripada majlis tersebut.

Alia Mukhriz Terkejut Bila Terjumpa Balik Ibu Kandung

Alia yang turut mengikut Aidi ke majlis pelancaran Sisterhood tersebut terkesima selepas kebetulan bertemu semula bersama wanita yang merupakan ibu kandungnya iaitu Nadi Ilana (Susan Lankester).

Rupa-rupanya ada konflik yang membabitkan hubungan Alia dan ibu kandungnya.

Nak tahu apa yang terjadi? Jangan lupa saksikan episod penuh i.D sekarang.

Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi), Susan Lankester (Nadi Ilana) dan ramai lagi.

Saksikan i.D bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.

Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Sinopsis i.D

i.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Berita Trending: i.D Episode 3 - Tampil Barisan Gangster Wanita #WomenEmpowerment!

Berita Trending: i.D Episod 2 – Watak Tengku Remy Sudah Bermula! Jazman Sakit Hati Sampai Belasah Tengku Remy?