Drama

i.D Episode 3 - Tampil Barisan Gangster Wanita #WomenEmpowerment!

gempak
Umirah Halim
14/03/2024
15:00 MYT
Sponsor Banner
i.D Episode 3 - Tampil Barisan Gangster Wanita #WomenEmpowerment!
Bagi episod ketiga, siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini, penonton sudah dapat menyaksikan karakter-karakter baharu yang menampilkan kumpulan gengster yang diketuai oleh wanita.
Kebiasaannya drama dan filem akan menonjolkan watak figura lelaki sebagai gengster. Namun, untuk kelainan, drama i.D telah menampilkan barisan pelakon daripada golongan wanita yang memegang watak sebagai ketua gengster.
Bagi yang belum menonton, Gempak akan kongsikan sedikit sedutan kisah yang terjadi pada episod ketiga i.D.
Aidi Kena Bantai Dengan Dato Jazman, Rumah Kena Pecah Masuk!
Dato Jazman masih meneruskan lagi pencarian individu yang mencuri data syarikatnya. Kali ini, giliran Aidi pula disoal siasat oleh Dato Jazman. Bagaimanapaun, Aidi sempat menyelamatkan diri dengan tidak mengaku bersalah walaupun telah digertak oleh Dato Jazman.
Dato Jazman telah bertindak sedemikian setelah diancam oleh ketua gengster wanita, Joyce Harn yang memegang watak sebagai Jo.
Bukan itu sahaja, rumah Aidi dan keluarga juga telah dipecah masuk oleh geng Paati Shanti sebagai amaran untuk Aidi.
Aidi Dating Dengan Anggun Dekat Kedai Tomyam
Aidi sudah memulakan rancangannya untuk memikat hati Anggun dengan mengajak wanita itu makan di kedai tomyam kegemarannya! Walaupun pada mulanya Aidi takut ditolak namun Anggun terima ajakan Aidi. Namun ada kejadian yang mengejutkan berlaku ketika di kedai tomyam itu. Nak tahu apa yang terjadi? Jangan lupa saksikan episod penuh i.D!
Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Saksikan I.D bermula bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis i.D
i.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Berita Trending: i.D: Recap Episode 1 – Aidi Kena Buang Kerja? Jazman Berani Curang dengan Anggun?

Berita Trending: Aedy Ashraf Sanggup Bleach Rambut Demi Hidupkan Watak Jazman Rahim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024