Pelakon Uqasha Senrose mengucapkan terima kasih kepada seorang jejaka yang sudi membuat kejutan untuk hari jadinya.

Uqasha memberitahu sambutan itu sangat istimewa apabila ia diadakan di atas bumbung sebuah banggunan bersama dekorasi oleh jejaka yang tidak dinyatakan namanya.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seseorang dan tiga orang rakannya untuk melakukan ‘set up’ buat kejutan hari jadi saya.

“Sangat comel dengan lilin di merata tempat dan ini pertama kali hari jadi saya di sambut di atas bumbung (roof top).

“Apa yang menariknya, dia (jejaka tersebut) sendiri yang masak semua ini meskipun mengenalinya dia tidak pandai masak.

“Bukan tu sahaja, kek hari jadi ini pun dia yang tempeh…I feel so special!” katanya.

Uqasha meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto-foto sepanjang sambutan hari jadinya.



Meskipun Uqasha tidak menyatakan nama atau gerangan jejaka yang istimewa itu, namun rata-rata netizen sudah mula membuat andaian yang lelaki itu adalah Kamal Adli iaitu lelaki yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.

“Aloloo Kamal is so sweet.

“Sweet lah Kamal!

“Semoga korang bertemu jodoh,” komen antara peminatnya.

Uqasha dan Kamal dikhabarkan kembali bercinta selepas sering dilhat bersama baru-baru ini.

first of all i would like to thanks to that SOMEONE and his other 3 friends to set it up for my surprise birthday .. so cute d candles is everywhere and this is my first sambut birthday atas rooftop . and the best part is he cooked for me , knowing him dia tak pandai masak heheeh but for me he cooked everything from d appetizer , main course sampai la dessert .. ✨ oh not only that birthday cake pun itu dia tempah heheh .. i feel so special ✨ #uqashasenrose #uqashaturns28

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on