Anggota kumpulan Forteen, Mohd Arif Ameerais atau Ameer selamat bernikah dengan pasangannya Naja Shamsul Kamar semalam.

Perkara itu dikongsi Ameer menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Alhamdulillah, selamat disatukan, semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia dan akhirat, I love you dear, wife," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam foto di entri tersebut, kedua mempelai itu begambar di atas pelamin sejurus selepas majlis akad nikah yang difahamkan berlangsung petang semalam.

Alhamdulillah. Selamat disatukan. Semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin. I love you dear, wife ♥️ . Photo by @queyahaya Pelamin by @rajanurul_wedding Baju & Dress by @putih_bridal x @shanellharun

A post shared by Ameerais Azhar (@ameerais.azhar) on


Sebelum mengikat hubungan sebagai suami isteri, Ameer dan Naja telah bertunang pada 13 Oktober tahun lalu.