Laman Utama

“I Love You Papa, Saya Bangga Dengan Awak” - Nurul Izzah Anwar

gempak
Shahrin Zulkifle
24/11/2022
08:24 MYT
Sponsor Banner
“I Love You Papa, Saya Bangga Dengan  Awak” - Nurul Izzah Anwar

Naib Presiden Parti Keadlian Rakyat (PKR), YB Nurul Izzah melahirkan rasa syukur apabila bapanya Datuk Sri Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10, siang tadi.

Biarpun Anwar sebelum ini pernah dipenjarakan, Izzah yang juga bekas ahli parlimen Permatang Pauh berkata, legasi sebenar yang akan ditinggalkan kepada generasi masa depan bukanlah harta atau pangkat, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

“I love you Papa. Saya sentiasa bangga dengan awak, walaupun awak pernah ‘terbaring’ di dalam penjara sebagai tahanan.

“Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli,” ujarnya.

Izzah berkongsi rasa syukurnya itu menerusi satu muat naik terbaharu di Instagramnya.

Dalam masa sama, Izzah berkata tugas sebenar sebagai pemimpin adalah untuk menuntut keadilan dan menjadi pemangkin kepada semua rakyat.

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini, adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

“Cabaran tetap menanti, dan selepas upacara angkat sumpah, usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,” tambahnya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024