BERITA
"I Really Hope You Could Feel My Love & Endless Care For You" - Azrinaz Dedikasi Ucapan Hari Lahir Untuk Puteri Ameerah
Bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim mendedikasikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran puterinya, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui'zzaddin Wad'daulah yang ke-11 pada hari ini.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"I wish things could be easier for us, although I am not there to tuck you in every night.
"I really hope you could feel love and endless care for you.
"Happy 11th Birthday my baby girl Princess Ameerah Wardatul Bolkiah," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Azrinaz meluahkan rasa sebak membaca kapsyen yang ditulisnya dan mendoakan kebaikan untuknya.
Terdahulu, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei iatu Sultan Hassanal Bolkiah sebagai isteri ketiga pada tahun 2005 dan diceraikan pada tahun 2010.
Must-Watch Video