Hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.
Menurut kajian dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.
Hasil kajian membabitkan 809 responden dari seluruh negara itu mendapati sebanyak 34.9 peratus menggunakan duit i-Sinar untuk tujuan tersebut merangkumi 47.7 peratus daripada pencarum T20, M40 (31.1 peratus) manakala B40 (35.3 peratus).
"Menariknya pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20... meskipun dalam keadaan sukar dengan pandemik COVID-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak," menurut pusat penyelidikan berkenaan dalam kenyataan, semalam.
Menurut pusat kajian itu, membayar balik pinjaman menjadi tujuan utama responden membuat pengeluaran i-Sinar bagi golongan B40 dan M40 yang berusia 26 hingga 55 tahun.
Sehubungan itu, UCSI memaklumkan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia melihat kembali sama ada mereka mempunyai komitmen yang tinggi dan cukup bersedia berdepan dengan masa-masa sukar seperti sekarang.
Daripada keseluruhan koresponden, hanya 48.6 peratus menggunakankan wang itu untuk kegunaan membeli makanan dan barangan dapur, menurut kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA
Kredit Foto: Jewel Cafe Malaysia
Maliah Surip
Fri Feb 05 2021
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.