GAYA HIDUP
“Ia Tentang Bagaimana Wanita Mengekspresikan Kecantikan & Keyakinan” - Koleksi Raya Variente Gabung Klasik, Moden
Raya bukan sekadar perayaan – ia adalah momen penuh makna di mana kita berkumpul, meraikan kasih sayang, dan tentunya, tampil anggun dengan gaya tersendiri. Variante mempersembahkan koleksi Eid 2025, “Gemilang Raya”, yang menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden, memastikan anda tampil memukau sepanjang musim perayaan.
Mengambil inspirasi daripada kekayaan budaya Malaysia, koleksi ini menawarkan pelbagai motif yang memikat hati – daripada corak floral yang lembut, abstrak yang berani, geometri yang moden, hinggalah sentuhan batik klasik yang abadi.
Setiap helaian dihasilkan dengan material yang ringan dan bernafas, memberikan keselesaan sepanjang hari, sama ada untuk kunjungan rumah terbuka atau sesi foto OOTD bersama keluarga dan sahabat.
Menurut Founder & Creative Director Variante, Leslie Variyan ‘Gemilang Raya’ bukan sekadar pakaian, tetapi juga mengekspresikan diri setiap wanita.
“Ia tentang bagaimana setiap wanita dapat mengekspresikan kecantikan dan keyakinan mereka. Kami mahu setiap helaian dalam koleksi ini menjadi simbol keanggunan yang bersahaja, tetapi tetap mempesona,” katanya.
Sama ada anda pencinta gaya klasik atau moden, koleksi ini direka untuk wanita yang mengutamakan fleksibiliti dalam berfesyen. Potongan yang anggun tetapi praktikal menjadikan setiap rekaan sesuai dipadankan mengikut gaya tersendiri – tampil minimalis atau lebih statement, pilihan di tangan anda!
Sebagai jenama yang telah menemani wanita Malaysia selama 20 tahun dalam industri fesyen, Variante terus meraikan warisan tradisi dalam rekaan kontemporari.
Koleksi ini kini boleh didapati di butik Variante dan secara online, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan helaian yang bakal menaikkan seri Aidilfitri anda.
Must-Watch Video