,
Hiburan

“Ibarat Macam Berbual, Tapi Itu Bukan Saya” - Jadi Sasaran Scammer, Aaron Aziz Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

Mya Amri
31/03/2024
07:51 MYT
Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam satu sindiket penipuan.
Menurut Aaron, laporan sudah pun dilakukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan kes tersebut masih dalam proses siasatan.
“Saya sudah buat laporan ke MCMC, agak mengambil masa juga untuk diselesaikan kerana terdapat beberapa prosedur yang harus dilakukan seperti mengesan IP address.
“Saya sudah pun menghantar wakil ke kilang tersebut tetapi mereka kata sukar untuk dikesan kerana mempunyai ramai agen.
“Scammer itu menggunakan suara dan gambar saya dengan teknologi AI untuk menjual baju Polo t shirt. Ibaratnya macam saya yang berbual tapi itu bukan saya,” jelasnya.
Aaron memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Filem The Experts yang berlangsung di Glenmarie Hotel & Golf Resorts, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Boleh jejaskan reputasi

Dalam pada itu, Aaron berkata penipuan scammer seperti itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan reputasinya sebagai anak seni.
“Sebelum ini pernah berlaku tetapi saya sudah beri amaran dan mereka padamkan hantaran itu, tapi sekarang buat lagi.
“Saya kena buat laporan sebab benda ini tidak betul, dia punya promosi harga satu t-shirt RM1, tak masuk akal. Apa-apa nama saya, orang ingat saya pula yang scam pelanggan.
“Janganlah buat benda macam tu, diharapkan kita dapat bantuan atau pun pergerakkan yang lebih pantas daripada pihak MCMC.
“Bukan saya sahaja yang kena, ustaz Azhar Idrus pun sama, ada yang buat jual kain pelikat. Bila masalah UAI jual kain pelikat, macam macam orang buat.
“Saya harap pihak SKMM dapat tubuhkan unit khas untuk membanteras sindiket penipuan seperti ini," katanya.
Terdahulu, pada 11 Mac, Aaron membuat laporan polis ke atas empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan.
Aaron membuat laporan berkenaan susulan tindakan melampau scammer yang dipercayai menggunakan nama, wajah dan identitinya untuk mempromosikan pelbagai produk jualan di media sosial.
Dalam perkembangan terkini, Aaron bakal membintangi sebuah filem aksi heist tempatan tahun ini bertajuk The Experts.
Filem yang turut dijayakan Mimi Lana, Remy Ishak dan Maya Karin tersebut bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

MCMC Siasat  Pelajar IPTA Dipercayai Jual Video Lucah Babitkan Adegan Diri Sendiri Di Platform X

gempak
14/11/2024
09:55 MYT
Dalam satu kenyataan pada Khamis MCMC memaklumkan pihaknya telah merakam percakapan pelajar lelaki berkenaan selepas membongkar kegiatan itu hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan berdasarkan aduan awam.
Hiburan

Aaron Aziz Berang, Wanita Songlap Puluhan Ribu Ringgit Dari Hasil Jualan Perniagaan Isteri - “Bini Aku Percaya Kau Tapi…”

gempak
14/11/2024
02:55 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz hilang sabar apabila seorang wanita tergamak songlap wang isterinya iaitu Datin Diyana Halik berpuluh ribu ringgit.
Hiburan

Fazura Lapor Polis Berkaitan Fitnah Seorang Wanita

gempak
08/11/2024
11:28 MYT
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

gempak
27/08/2024
01:44 MYT
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.
Unitar