Gaya Hidup
Ibarat Pegang Api, Jennie BLACKPINK Tolak Swafoto Peminat Yang Guna iPhone!
Sebuah video menyaksikan Jennie dari kumpulan BLACKPINK menolak pelawaan swafoto selepas peminatnya menghulurkan telefon iPhone tular di media sosial.
Video berdurasi 12 saat itu jelas menunjukkan gerakan mulut Jennie yang menyatakan, “No iPhone, Samsung only.”
Jennie dan tiga lagi anggota BLACKPINK, Lisa, Rose dan Jisoo merupakan duta kepada telefon pintar jenama Samsung.the moment she realized the fan had an iphone jnsksnndn pic.twitter.com/XxbhllVX8E— jennie loops (@jnkloops) April 19, 2019
Jennie juga kelihatan mengingatkan Jisoo ketika rakannya itu sedang asyik mengambil gambar swafoto menggunakan Iphone yang dihulurkan oleh peminat.
Peristiwa itu berlangsung ketika mereka mengadakan persembahan di festival muzik terbesar Amerika Syarikat, Coachella di California.
Tahun lalu, personaliti TV yang juga duta telefon pintar Samsung bagi negara Rusia, Ksenia Sobchak telah disaman sebanyak $1.6 million (RM66 juta) oleh jenama itu kerana dilihat menggunakan telefon pintar iPhone X secara umum.
Pelakon Wonder Woman, Gal Gadot juga terpaksa membuat penjelasan secara terbuka apabila dilihat menaikkan status di Twitter menggunakan iPhone padahal dia merupakan duta bagi jenama Huawei.
Melihat kesungguhan kumpulan yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru mereka, Kill This Love, ada netizen yang turut mempersoalkan kredibiliti selebriti Malaysia yang tidak menggunakan jenama telefon pintar yang seharusnya mereka promosi dalam kehidupan harian.MALAYSIAN ARTISTS this is how you be ambassadors of some products. Bukannya jadi duta Vivo tapi dekat Insta selfie pakai Iphone. Mana credibility sebagai duta??. Shame on you. And that’s the tea for today ☕️ https://t.co/aDdmRV2enL— ️ZHAN (@zhantafa) April 20, 2019
Walaupun kedengaran ekstrem, pemilik jenama harus bersikap tegas dan tahu garis panduan yang patut diambil oleh duta jenama mereka.
Must-Watch Video