Ibu kepada cef selebriti terkenal Datuk Chef Wan, Noraini Abdullah dimaklumkan telah meninggal dunia pada pagi Khamis.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Chef Wan menerusi hantaran di Instagramnya.

"Dengan penuh hiba, ibu kesayangan saya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.20 pagi dalam keadaan tidur di Hospital Gleanagle pagi ini.

"Semoga rohnya tenang, diampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman nanti," maklum Chef Wan.

Tambah Chef Wan lagi, Allahyarham akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Cyberjaya 10 dan disembahyangkan di Masjid Putra, Putrajaya.

"Beliau akan disembahyangkan di Masjid Putra Putrajaya dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Alfatihah.

"Terima kasih atas semua ucapan untuk arwah ibu saya," tulisnya lagi.



Untuk rekod, arwah baru sahaja menjalani pembedahan lutut dan mengikut sejarah kesihatannya arwah menghidap menyakit kanser, dimensia dan Alzheimer.