Ibu kepada pelakon dan pengarah Liyana Jasmay iaitu Habsah Simpon meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi, Jumaat akibat CNS lymphoma tahap 4 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengurus kepada Liyana Jasmay iaitu Wani mengesahkan berita sedih itu dan memaklumkan jenazah arwah akan dibaw ke Masjid Al-Iman, Kemensyah Heighs, Ampang, Kuala Lumpur.

“Mama kepada Liyana Jasmay baru saja meninggal tadi. Jenazah akan terus di bawa ke Masjid Al-Iman Kemensah.

“Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada Habsah binti Simpon dan semoga Arwahyarhamah ditempatkan di kalangan yang beriman. Amin,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak.

Dalam pada itu, Liyana menerusi Instastory pada Khamis memuat naik foto bersama ibunya dengan mengatakan wanita itu adalah segalanya untuk dirinya.

“Kerjaya saya, jalan saya, hidup saya, awak habiskan masa awak untuk bersama saya, awak dedikasikan diri awak untuk saya, tunggu sampai subuh untuk saya habis penggambaran.

“Tak pernah saya tahu ada mak yang teman anak study overseas berbulan-bulan, tinggalkan babah, dan babah pun sanggup lepaskan awak hanya untuk menjaga saya.

“Saya sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang terbaik. Itulah keistimewaan awak, mama! My sayang cantik mama,” kongsi Liyana.