Penyanyi Liza Hanim berkongsi perkhabaran sedih yang ibu mentuanya, Wan Faizah Mohd Ali telah meninggal dunia.

Hal tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu menerusi kemas kini di Instagram.

Selain Liza, suaminya, Shahrin Samsudin turut berkongsi tentang pemergian ibu tercinta.

A post shared by Shahrin Samsudin (@shahrinsamsudin)



“Assalammualaikum wbt. Bonda saya, Wan Faizah Mohd Ali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3 Mei 2022 jam 10.30 AM sebentar tadi.

“Mohon semua memaafkan dosanya dan roh dirahmati Allah. Al-Fatihah,” tulis Sharin.

A post shared by Shahrin Samsudin (@shahrinsamsudin)


Minggu lalu, Shahrin berkongsi di Instagram yang keadaan kesihatan ibunya semakin merosot. Menerusi perkongsian berkenaan, ibu Shahrin dirawat di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Instagram Liza Hanim pula, dia mengakui terpaksa beraya tanpa suami kerana Shahrin perlu berada di sis arwah ibunya.